Pages

Wednesday, February 13, 2013

Sejarah Sultan Yahya

Sejarah Sultan Yahya 1 : Jambatan Sultan Yahya Petra merupakan jambatan utama di Kota Bharu, Kelantan, Malaysia merentasi Sungai Kelantan. Pembinaan bermula pada tahun 1967 dan siap pada 1969, oleh pembina terkenal Kien Huat Private Limited, keluarga Tan Sri Lim Goh Tong.

Jambatan Sultan Yahya Pertama yg dibina oleh Kerajaan Negeri Kelantan yg dipimpin PAS semasa Dato' Asri MB Kelantan, adalah Jambatan terpanjang di Asia Tenggara dimasa tu... hebat juga kan? Pemimpin Pusat masa tu malu-malu kucing menggunakan Jambatan tersebut krn semua org tahu sepatutnya Kerajaan Pusat yg bina.

2. Jambatan Sultan Yahya Petra 2.
Projek Pembinaan Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 dan dimulakan 18 Jun 2007.

Agensi pelaksana bagi projek ini ialah Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR). Konsortium I.S Resourcers Sdn. Bhd. - RIS Capital Sdn. Bhd. telah dilantik secara rundingan terus untuk melaksanakan projek ini.

Ia sepatutnya dijadual siap Disember 2009 tetapi gagal dan diserahkan hak kepada Aneka Prestij Sdn. Bhd pada Mac 2010 untuk menyiapkan baki pembinaan.

 Faktor faktor itu telah menjadi antara punca kelewatan penyiapan projek dalam tempoh yang telah ditetapkan walaupun empat Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa selama 891 hari iaitu sehingga 30 Ogos 2012 diluluskan.

Kegagalan menyiapkan kerja dalam tempoh yang telah ditetapkan juga menyebabkan kenaikan kos projek kepada RM177.76 juta iaitu peningkatan sejumlah RM34.76 juta (24.3%) berbanding kontrak asal yang bernilai RM143 juta.



BISNES DARI RUMAH. GUNA K0MPUTER DAPAT INCOME.