- ditor
Saya penuh yakin penyertaan beliau ke arena politik adalah untuk memartabatkan Islam di samping membawa trend dan budaya intelektual dalam menggarap masa depan negara.
Kesediaan beliau untuk meninggalkan dunia pendidikan adalah suatu pengorbanan tetapi pemilih UMNO sebagai platform perjuangan merupakan satu kesilapan besar dan ijtihat yang salah.
PAS boleh menyenaraikan 100 dosa UMNO dalam masa 15 minit. Tetapi dalam tempuh masa yang sama, dalam keadaan resah pun beliau mungkin boleh menyebut 500 dosa besar UMNO secara sepontan hasil keterlibatan beliau dalam UMNO dan kerajaan BN.
Beliau tidak perlu mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan. Angin perubahan yang akan melanda negara pastinya akan membentuk suatu landskap baru menjelang pertengahan 2013. Perubahan drastik dalam pola pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat nanti akan mengenepikan segala macam kebobrokan acuan kerajaan UMNO/BN.
Rakyat boleh mengambil contoh keupayaan dan kemampuan kita memerintah di Kelantan selama 23 tahun dengan rekod yang cemerlang. Kedah, Selangor dan Pulau Pinang juga sedang menuju ke arah yang sama. Suara rakyat menolak BN dalam himpunan rasmi yang dihadiri oleh Perdana Menteri sempena sambutan Gong Xi Fa Chai di Pulau Pinang adalah bukti kuat betapa rakyat menolak propaganda jahat tajaan kerajaan pusat.
Saya telah dimaklumkan dari pelbagai sumber, nama beliau juga tidak ada dalam senarai calon UMNO bagi PRU13. Jika ini benar, jelas UMNO tidak memerlukan tokoh yang ada latar belakang agama bagi menjaga dan mengawal perjalanan parti.
Transformasi harus dilihat dari perspektif yang lebih terbuka. Ia releven apabila dasarnya betul dan pelaksananya bersikap amanah. Pelan transformasi acuan Dato' Seri Najib terlalu jauh meninggalkan sempadan Islam sehingga kerap teraba-raba di siang hari.
Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad
Yang DiPerua PAS Kawasan Besut
Merangkap Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu
Tarikh : 15 Feb 2012..Kesediaan beliau untuk meninggalkan dunia pendidikan adalah suatu pengorbanan tetapi pemilih UMNO sebagai platform perjuangan merupakan satu kesilapan besar dan ijtihat yang salah.
PAS boleh menyenaraikan 100 dosa UMNO dalam masa 15 minit. Tetapi dalam tempuh masa yang sama, dalam keadaan resah pun beliau mungkin boleh menyebut 500 dosa besar UMNO secara sepontan hasil keterlibatan beliau dalam UMNO dan kerajaan BN.
Beliau tidak perlu mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan. Angin perubahan yang akan melanda negara pastinya akan membentuk suatu landskap baru menjelang pertengahan 2013. Perubahan drastik dalam pola pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat nanti akan mengenepikan segala macam kebobrokan acuan kerajaan UMNO/BN.
Rakyat boleh mengambil contoh keupayaan dan kemampuan kita memerintah di Kelantan selama 23 tahun dengan rekod yang cemerlang. Kedah, Selangor dan Pulau Pinang juga sedang menuju ke arah yang sama. Suara rakyat menolak BN dalam himpunan rasmi yang dihadiri oleh Perdana Menteri sempena sambutan Gong Xi Fa Chai di Pulau Pinang adalah bukti kuat betapa rakyat menolak propaganda jahat tajaan kerajaan pusat.
Saya telah dimaklumkan dari pelbagai sumber, nama beliau juga tidak ada dalam senarai calon UMNO bagi PRU13. Jika ini benar, jelas UMNO tidak memerlukan tokoh yang ada latar belakang agama bagi menjaga dan mengawal perjalanan parti.
Transformasi harus dilihat dari perspektif yang lebih terbuka. Ia releven apabila dasarnya betul dan pelaksananya bersikap amanah. Pelan transformasi acuan Dato' Seri Najib terlalu jauh meninggalkan sempadan Islam sehingga kerap teraba-raba di siang hari.
Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad
Yang DiPerua PAS Kawasan Besut
Merangkap Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu
BISNES DARI RUMAH. GUNA K0MPUTER DAPAT INCOME.