KOTA KINABALU, 23 April (Bernama) -- Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa beberapa Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) di Sabah telahpun membuat keputusan untuk menyertai Pakatan Rakyat dan hanya menunggu masa yang sesuai.
"Apa yang menahan mereka ialah pengaturan masa. Anggota-anggota Parlimen ini belumpun mengangkat sumpah di Parlimen (lagi). Kami bukanlah tergesa-gesa," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau mendakwa jika mereka tidak menyertai bulan depan, mungkin dalam bulan berikutnya, Julai atau malah pada Hari Merdeka (31 Ogos).
"Tetapi saya fikir kami tidak akan melewati tempoh itu," katanya.
-- BERNAMA