Khir Toyo tidak wakili Umno S'gor - KelateDaily - SuratKoba Pilihe Kito

Latest

STAY WITH US

PLEASE DONATE TODAY. Your generosity preserves knowledge for future generations. Thank you.

TOLONG BERI SUMBANGAN.kemurahan hati anda mengekalkan pengetahuan untuk generasi akan datang.

PLEASE تبرع اليوم. كرمكم يحفظ المعرفة للأجيال القادمة. شكرا لك.

Bank Islam Malaysia Berhad - 08086022170986 - M.Haron

..TQ..

Monday, April 21, 2008

Khir Toyo tidak wakili Umno S'gor

Khir Toyo Kena Buang...cian Nyo

Sebarang pandangan mana-mana pihak dari Selangor berhubung peralihan kuasa dalam parti dan kerajaan adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian Umno Selangor, kata pengerusinya, Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Katanya, ini termasuklah gesaan bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo (kiri) yang meminta supaya peralihan kuasa perdana menteri dan presiden Umno dilakukan segera.

Dr Mohd Khir yang juga ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno membuat gesaan tersebut dalam blognya - Cetusan Dr Mohd Khir - baru-baru ini.

Sehubungan itu, Muhd Taib berkata, prestasi buruk BN dalam pilihanraya umum lalu, tidak sepatutnya dibeban dan dipersalahkan kepada Abdullah seorang sahaja.

"Sebagai ketua bahagian, ketua cawangan, malah bagi negeri yang kalah, pengerusi badan perhubungan negeri juga harus memikul dan mengambil tanggungjawab ini," kata Muhd Taib dalam blognya semalam.

'Semua bertanggungjawab'

Dr Mohd Khir adalah bekas ketua perhubungan Umno Selangor yang dirampas barisan pembangkang - PKR, PAS dan DAP - dalam pilihanraya umum lalu.

Beliau melepaskan jawatan tersebut selepas BN tewas di Selangor dan diambil alih oleh Muhd Taib (kanan).

Dalam pilihanraya umum itu, pembangkang memenangi 36 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menubuhkan kerajaan campuran Pakatan Rakyat.

Selangor adalah antara empat negeri yang dirampas pembangkang. Tiga lagi adalah Kedah, Pulau Pinang dan Perak, manakala PAS mengekalkan Kelantan dengan tambahan kerusi.

"Bila negeri kalah, perdana menteri sahaja yang salah. Habis, apa tanggungjawab kita yang menjadi pemimpin di peringkat cawangan, bahagian malah negeri," tulis Muhd Taib dalam blognya itu.

Menurut Muhd Taib, badan perhubungan Umno Selangor yang bermesyuarat Selasa lalu, memutuskan memberi sokongan sebulat suara kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai presiden dan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai timbalan presiden.

"Malah, soal peralihan kuasa juga disentuh dan kami sebulat suara bersetuju untuk menyerahkan kepada Pak Lah berbincang dengan Dato Najib, cara dan bila peralihan kuasa itu perlu berlaku," kata beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Pendirian Umno S'gor

Muhd Taib berkata, mesyuarat badan perhubungan itu dihadiri oleh semua ketua bahagian kecuali Dr Mohd Khir, yang diwakili oleh ketua penerangan Sungai Besar, Datuk Abd Shukor Siraj.

"Bagi saya, itu pandangan peribadi beliau dan tidak mewakili pandangan dan pendirian badan perhubungan Umno Selangor," katanya.

Dr Mohd Khir tidak dapat hadir kerana sedang mengerjakan Umrah di Mekah.

"Apapun, pendirian Umno Selangor jelas dan tidak perlu dipertikaikan lagi.

"Jika ada selepas ini pandangan mana-mana pihak dari Selangor tentang perkara tersebut, saya anggap itu pandangan peribadi dan tidak boleh dianggap mewakili pendirian Umno Selangor," katanya.