Pages

Monday, April 21, 2008

Mahathir Pun Aku Lanyak, Inikan Kamu Semua..

Sekiranya Presiden UMNO selaku Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO selaku Timbalan Perdana Menteri tidak mahu berundur atas dasar mempercayai bahawa diri mereka masih mendapat kepercayaan penuh rakyat dan ahli parti, mengapa sungguh takut dan fobia sekali untuk kembali kepada sistem demokrasi didalam parti dan bertanding sebagai Presiden dan Timbalan Presiden?.

Sebab itulah saya juga mengatakan Pak Lah juga mempunyai ‘pemikiran luar kotak’ yang sungguh tinggi tahapnya - melepasi tahap orang Jepun yang diakui sebagai salah satu bangsa yang paling maju didunia. Walaupun selepas hilang 5 negeri termasuk negerinya sendiri, Pak Lah sungguh tenang dan tidak gelabah.

Tidak panik dan cepat marah. Kalau orang Jepun mengalami nasib yang sebegini rupa, mereka sanggup meletak jawatan dengan segera kerana bagi mereka menyelamatkan air muka adalah dianggap lebih penting daripada segala-galanya.

Namun Pak Lah tidak bertindak sedemikian kerana inilah sebahagian daripada ‘pemikiran luar kotak’ Pak Lah. Beliau sanggup tidak menyelamatkan air mukanya sendiri demi kelangsungan sebuah jawatan sebagai Perdana Menteri dan kerusi bernama Presiden UMNO Malaysia.

Inilah kehebatan pemikiran luar kotak. Namun, sekiranya ianya tidak dikawal dengan baik dan teliti tentu ianya akan menghasilkan tindakan pelik dan sungguh merapu sebagaimana yang telah dan akan kita saksikan dalam senario politik sekarang yang wataknya dimainkan oleh orang-orang dan kepimpinan politik negara kita yang sungguh hadhari ini.

Apakah yang dimaksudkan dengan pemikiran luar kotak?. Secara ringkas maksudnya ialah mempunyai pemikiran luar daripada kebiasaan. Lari daripada situasi normal dan jauh pula daripada situasi ikutan.

Kebanyakkan daripada kita takut untuk melakukan perubahan kerana sekian lama berfikir amalan yang biasa dilakukan adalah betul. Dengan itu mereka tidak merasa wujudnya keperluan untuk berubah.

Dengan sentiasa berfikir apa yang dilakukan selama ini adalah sentiasa betul dan tidak memerlukan sebarang tindakan pembetulan, maka sebarang amalan yang dilihat luar daripada amalan kebiasaan tidak akan dilihat sebagai betul, lebih betul malah mungkin lebih baik.- pinkturtle