Pages

Thursday, April 24, 2008

OKU di lantik Tim.Speaker Perak

Timbalan Speaker, ianya juga menjadi satu sejarah dan penghormatan kepada golongan kurang upaya (OKU) pertama terpilih sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak.

IPOH, 24 April (Hrkh) - Seramai 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak akan mengangkat sumpah jawatan pada Sidang Dewan Undangan Negeri Perak yang akan berlangsung pada jam 3.00 petang esok (jumaat)

Kerajaan Pakatan Rakyat yang dianggotai DAP, Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan PAS mempunyai 32 orang Adun, dimana 18 daripada jumlah itu adalah wakil DAP, KeADILan (7) dan PAS (6).

Sementara BN mempunyai 26 Adun.

Esok dijangka akan dijalankan pemilihan Speaker dan Timbalan Speaker Dun setersunya majlis sumpah kedua-dua jawatan tersebut.

Rumus menyatakan kedua-dua jawatan itu telah diserahkan kepada DAP dan pihak DAP telah mengemukakan nama Adun Tronoh, V.Sivakumar sebagai Speaker manakala Adun Jelapang, Hee Yit sebagai calon Timbalan Speaker.

Kedua-dua nama itu telah pun diserahkan kepada Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin pada isnin lepas.

Kedua-dua Adun berkenaan dijangka mengangkat sumpah jawatan speaker dan timbalan speaker.

Sekiranya Sivakumar terpilih senagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, ini merupakan satu lagi sejarah dalam politik dan pemerintahan negeri ini di mana beliau merupakan orang pertama dari kaum India menjawat jawatan itu.

Begitu juga sekira Adun Jelapang terpilih sebagi Timbalan Speaker, ianya juga menjadi satu sejarah dan penghormatan kepada golongan kurang upaya (OKU) pertama terpilih sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak.

Hee Yit juga akan melakarkan satu lagi sejarah sebagai wanita pertama yang akan menjawat jawatan Timbalan Speaker./wann.