Pages

Monday, April 21, 2008

PAS Terengganu sokong Menteri Besar minta Pusat kembalikan royalti.



(Foto:Tun Salleh bersamaExco Terengganu meneliti dokumen sebelum memfailkan saman pada 2001)

Kuala Terengganu - Tindakan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said meminta Wang Royalti Petroleum sebanyak lima peratus diserahkan kembali sepenuhnya kepada kerajaan negeri Terengganu walaupun agak terlewat, namun bertepatan dengan apa yang diperjuangkan oleh PAS. Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Haji Yahaya Ali menyatakan demikian sebagai respon kepada kenyataan Dato’ Mad Said berkaitan perkara tersebut kelmarin.
Belia u berkata sejak royalti petroleum di tarik balik pada 5 September, 2000, PAS yang memerintah Terengganu ketika itu telah menjadikan usaha 'tuntutan wang royalti' sebagai agenda negeri.

Beliau berkata pada 12 September, 2000, Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu telah meluluskan usul tergempar, mengutuk sekeras-kerasnya pencabulan prinsip demokrasi dan sistem kerajaan berpersekutuan yang dilakukan oleh kerajaan Pusat berikutan tindakannya membatalkan royalti minyak kepada negeri Trengganu.

Beliau berkata, PAS berusaha mendapatkan semula hak Wang Royalti dan Kerajaan Negeri Terengganu ketika itu telah memfailkan saman terhadap Petronas dan Kerajaan Pusat berhubung isu penarikan balik pada 8 Mac, 2001.

Walau bagaimanapun menurut beliau, permintaan Ahmad Said agak berbanding usaha negeri-negeri lain berhubung dengan soal royalti petroleum..

“Negeri lain, Sabah dan Sarawak sedang berunding untuk menambahkan jumlah wang royalti (kepada lebih tinggi dari lima peratus),
”Terengganu baru dalam peringkat nak menyelesaikan masalah wang Ehsan/ Dana Khas Kerajaan Persekutuan,” kata Yahaya.

Mengulas tentang penyalahgunaan dan penyelewengan Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP), beliau berkata perkara tersebut telah acapkali disuarakan oleh pimpinan PAS.

Beliau berkata projek-projek ‘ekspres’ terus dari Kuala Lumpur seperti Pembangunan Pulau Duyong, penganjuran Monsoon Cup, pembangunan Plau Wan Man dan Masjid Kristal yang dibuat tidak melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Terengganu dan dilaksanakan secara ad-hoc.

Beliau kesal kerana semua projek tersebut memakan belanja yang tinggi dan tidak munasabah serta mengenepikan peluang peluang penduduk tempatan.

Justeru beliau berharap setiap projek negeri pada masa akan datang benar-benar mndatangkan manfaat jepada rakyat Terengganu.

”Utamakan penyelesaian masalah-masalah asas yang dihadapi oleh rakyat Terengganu,
”tumpukan kepada penyelesaian masalah pengangguran, kemiskinan dan perumahan rakyat,” jelas beliau.