Royalti petrol: PM nafi MB T'ganu - KelateDaily - SuratKoba Pilihe Kito

Latest

STAY WITH US

PLEASE DONATE TODAY. Your generosity preserves knowledge for future generations. Thank you.

TOLONG BERI SUMBANGAN.kemurahan hati anda mengekalkan pengetahuan untuk generasi akan datang.

PLEASE تبرع اليوم. كرمكم يحفظ المعرفة للأجيال القادمة. شكرا لك.

Bank Islam Malaysia Berhad - 08086022170986 - M.Haron

..TQ..

Tuesday, April 22, 2008

Royalti petrol: PM nafi MB T'ganu

Perdana menteri menafikan dakwaan menteri besar Terengganu bahawa wang royalti minyak yang disalurkan melalui kaedah "wang ehsan" tidak banyak membantu rakyat negeri itu kerana projek-projek pembangunan ditentukan di peringkat pusat.

pak lah abdullah badawi aca bpr 190408"Ada satu kaedah yang telah kita buat dengan kewujudan wang ehsan ini, dan ini sebenarnya membantu rakyat negeri Terengganu selama ini," kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di sidang media selepas menyampaikan ucap utama pada Dialog Integriti Asean 2008 hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Datuk Ahmad Said semalam bahawa sejak wang ehsan diperkenalkan pada 2000, semua projek yang dilaksanakan tidak merujuk kerajaan negeri dan tidak mengambil kira keperluan rakyat.

Ahmad juga menggesa royalti lima peratus dikembalikan kepada kepada kerajaan negeri seperti sebelum perdana menteri waktu itu Tun Dr Mahathir Mohamad menukar wang royalti kepada Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) atau lebih popular disebut "wang ehsan".

"Ada projek yang kita rancang... kita akui. Tetapi ada projek yang kita tidak rancang. Tiba-tiba sahaja kita dengar ada projek yang kita dapat.

"Buat jalan dalam hutan dengan kos hingga RM50 juta hingga RM60 juta. Kita hanya mengetahui tentang projek itu apabila ia mempunyai masalah seperti tanah ditarik balik dan sebagainya," kata Ahmad semalam.

"Ini yang menjadi masalah... sebab terlalu banyak pihak yang menguruskan wang royalti kerana ia adalah wang ehsan.

Mereka menggunakan wang kita, jadi apabila kementerian yang buat ia adalah berasaskan kepentingan kementerian semata-mata tanpa mengambil kira perasaan dan kehendak rakyat Terengganu.

"Ini menimbulkan masalah kepada kerajaan negeri.
ahmad said idris jusoh terengganu"Saya cakap terus terang, ada sesetengah projek yang saya sendiri secara peribadi tidak berpuas hati kerana dengan kos yang tinggi, tidak memberi keutamaan kepada rakyat sebaliknya orang lain tentukan bukan kita, sedangkan kita tuan rumah," katanya.

Ahmad berkata wang royalti diserahkan kembali, ia akan memudahkan kerajaan negeri merancang projek pembangunan menurut keutamaannya berbanding amalan sekarang yang memerlukan permohonan dikemukakan terlebih dahulu kepada kerajaan pusat.

Kerajaan negeri bawah menteri besar Datuk Seri Idris Jusoh, selepas merampas kembali Terengganu dalam pilihanraya umum 2004, menarik balik tindakan saman yang difailkan oleh pentadbiran PAS.

PAS, ketika pilihanraya umum baru-baru ini, memasukkan dalam manifestonya usaha menuntut kembali wang royalti ini melalui proses mahkamah.

Isu perbelanjaan wang royalti dikatakan menjadi satu daripada beberapa punca pihak istana tidak melantik semula Idris, dan menggantikannya dengan Ahmad.