Pages

Tuesday, April 22, 2008

Wang Ehsan Banyak Bantu Rakyat Terengganu,- Kata Abdullah

Sebetulnya: Dana Ehsan Terengganu banyak membantu Anak dan menantuku dan para KroniNYA

KUALA LUMPUR, 21 April -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata pemberian wang ehsan sebagai ganti pembayaran royalti minyak daripada kerajaan pusat kepada Terengganu telah membawa kebaikan kepada rakyat negeri itu.

Perdana Menteri berkata pemberian itu yang dibuat menerusi satu langkah yang diputuskan sebelum ini sebenarnya membantu rakyat Terengganu mencapai kejayaan.

"Ada satu kaedah yang telah kita buat dengan kewujudan wang ehsan ini, dan ini sebenarnya membantu rakyat negeri Terengganu selama ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucap utama pada Dialog Integriti Asean 2008 di sini hari ini.

Abdullah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan akhbar hari ini yang menyebut Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said meminta kerajaan pusat mengembalikan pengurusan wang royalti minyak kepada kerajaan negeri itu.

Ahmad berkata penyerahan semula hak pengurusan royalti minyak sebanyak lima peratus itu akan membolehkan kerajaan negeri merancang sendiri projek yang sesuai dengan keperluan rakyat setempat.