Pages

Saturday, January 10, 2009

Jentera BN Berpecah

KUALA TERENGGANU, 10 Jan (Hrkh)
- Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa mendakwa,
kehadiran tergesa-gesa Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah
Badawi bertemu jentera Barisan Nasional di sini berikutan
adanya perpecahan berlaku.


ImageMenjawab
soalan yang ditimbulkan wartawan dalam sidang medianya di
Pusat Media PAS, Kuala Ibai dekat sini, Nasharudin tidak
menafikan kemungkinan tersebut.


Malah beliau menyatakan sememangnya berlaku perpecahan di
kalangan jentera BN di sini dalam beberapa isu termasuk yang
membabitkan calon itu sendiri.


Mengikut rekod bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad yang juga biasanya selaku Pengerusi BN sebelum
Abdullah tidak pernah turun berkempen bagi pilihan raya
kecil.



ImageBiasanya
hanya timbalannya sahaja yang akan mengemudi jentera kempen,
sebaliknya Abdullah dikatakan nampak tergesa-gesa turun ke
Kuala Terengganu bagi bertemu jentera BN.


Mengulas isu dakwaan bekas MB Selangor, Dato' Dr Mohd
Khir Toyo berhubung PAS tiada pilihan selain kononnya
terpaksa memilih Mohd Abdul Wahid Endut yang juga Adun Wakaf
Mempelam sebagai calon PAS pula, Nasharudin menempelak
kenyataan Khir itu.


PAS sebaliknya memilih Wahid kerana kredibilitinya
sebagai calon popular yang mampu memenangkan PAS dan mampu
berkhidmat untuk rakyat, katanya.



ImageWahid
adalah anak tempatan yang sangat diterima rakyat di sini,
sebaliknya pemilihan calon BN, Dato' Wan Farid Wan Salleh
pula dikatakan mengundang perpecahan dalam Umno/BN, ujar
Nasharudin.


Justeru katanya tidak timbul soal PAS memilih Wahid
berikutan tiada calon yang berwibawa. _