Pages

Friday, January 9, 2009

Ribuan Kutuk Israel

Ribuan orang berhimpun di luar kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak tengahari tadi sebagai membantah serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza.

anti israel protest us embassy 090109 09Menurut saksi, kira-kira 5,000 orang menyertai perarakan dari bangunan Tabung Haji - yang terletak tidak sampai satu km dari kedutaan Amerika - selepas solat Jumaat.

Perarakan tersebut dianjurkan oleh Gabungan NGO Prihatin yang turut disertai oleh penyokong parti PAS.

Di sepanjang jalan, mereka melaungkan slogan anti-Amerika dan anti-Israel.

Delegas 15 orang yang diketuai oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa kemudiannya menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan Amerika.

Mereka mensasarkan kedutaan Amerika kerana negara itu merupakan rakan sekutu Israel.

Malaysia tidak mengiktiraf Israel dan oleh itu, negara Yahudi itu tidak mempunyai kedutaan di sini.

Bakar bendera di Kpg Baru

Sementara itu, kira-kira 200 orang berhimpun selepas solat Jumaat dan solat hajat di Masjid Kampung Baru sebagai membantah serangan Israel ke atas Gaza.

Mereka meluahkan kemarahan mereka dengan membakar bendera Amerika dan Israel di simpang empat, berhadapan dengan bangunan masjid tersebut.

anti israel attack protest kampung baru 090109 02Kumpulan tersebut sebahagian besar terdiri daripada anggota Pemuda Umno dari bahagian Titiwangsa.

Mereka memulakan perhimpunan tersebut selepas solat Jumaat dan solat hajat. Ia diketuai oleh ahli jawatankuasa Pemuda bahagian, Mohamed Muizz Shadik Mohamed.

"Kita mengutuk kekejaman Israel. Kita mesti timbul kesedaran mengenai serangan mereka (di Gaza)," tambahnya.

Beliau turut menggesa rakyat supaya memulaukan barangan Amerika.

Turut menyertai perhimpunan tersebut NGO, antaranya Persatuan Setiakawan dan Persahabatan Malaysia-Palestin dan Gerak Keramat Bersatu.

Mereka kemudiannya bergerak menuju ke jalan utama - Jalan Raja Abdullah - di mana mereka membakar dua bendera Israel dan satu bendera Amerika - mengakibatkan berlaku kesesakan lalulintas hampir 10 minit.

Orang ramai kemudiannya bergerak balik semula ke perkarangan masjid sebelum bersurai.

Tiada anggota polis yang berpakaian seragam kelihatan di situ.

Bercakap dalam sidang akhbar kemudiannya, Naib Ketua Pemuda Umno Titiwangsa, Nazir Hussin Akhtar Husin berkata, pihaknya akan mencadangkan kepada kerajaan supaya bertindak menutup selama seminggu KFC, Starbucks dan McDonalds - semuanya merupakan syarikat Amerika.

Lancar boikot

anti israel attack protest masjid negara 090109 13Dan di Masjid Negara Kuala Lumpur, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berucap kepada kira-kira 500 orang mengutuk serangan Israel di Gaza.

Beliau berulangkali mendesaksupaya diboikot barangan Amerika dan matawang mereka.

"Rakyat mesti memboikot McDonalds dan Starbucks selama sebulan," katanya.

Di perhimpunan tersebut, Persatuan Pengguna Islam Malaysia turut melancarkan kempen memboikot barangan Amerika.