Pages

Saturday, January 31, 2009

Wira Islam :Isu Gaza: Erdogan tinggalkan sidang Davos

Isu Gaza: Erdogan ‘naik angin’ tinggalkan sidang Davos












 


BENGANG... Recep Tayyip Erdogan berjalan keluar melintasi Peres,
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-moon dan
Setiausaha Agung Liga Arab, Amr Moussa (kanan sekali) selepas
bertikam lidah dengan Presiden Israel, Shimon Peres mengenai isu
keganasan rejim Zionis pada Forum Ekonomi Dunia di Davos,
Switzerland, semalam. – AFP





 

Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan meninggalkan Forum Ekonomi
Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, selepas bertikam lidah dengan Presiden
Israel, Shimon Peres berhubung serangan tentera Zionis di Genting Gaza.


Dalam detik paling dramatik yang jarang berlaku pada forum dunia itu, Erdogan
berjalan keluar melintasi Peres dan Setiausaha Agung PBB,


Ban Ki-moon selepas dia ‘dipaksa’ memendekkan ucapannya mengenai isu
keganasan Israel itu.


Erdogan sedih kerana hadirin yang terdiri daripada elit politik dan tokoh
perniagaan memberi tepukan menyokong ucapan Peres mengenai kewajaran serangan ke
atas Gaza yang mengorbankan lebih 1,300 penduduk..


Sekembalinya dari Davos, Erdogan semalam diberi sambutan sebagai wira oleh
ribuan rakyatnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk, Istanbul.