Pages

Tuesday, April 7, 2009

Pakatan pertahan Bukit Gantang, anggap referendum rakyat

Jika anda ingin mencuba Kopi Radix, Ubat GG, Sabun Mandi, Ayam Organik, Syampoo, Radix KOKO..byk lagi serta 220 Produk yang lain.*Mengapa umat islam mengisi rumah dengan Produk Yang subhah yang di buat YAHUDI..Non Muslim hampir 97% - colgate, lux, milo, axion, nescafe ....tkr kpd produk HPA halal lagi toyyib

Sila guna ID PAS Kawasan Marang (Parlimen Presiden PAS).No Keahlian: 334166.MY01 ( PAS KAWASAN MARANG ) ...boleh harga pengedar. boleh juga jadikan id ini sebagai penaja anda. bantu tabung PAS Marang


TAIPING: Menteri Perak yang SAH, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang hari ini dengan memperoleh sebanyak 21,860 undi.

Beliau mencatatkan majoriti 2,789 undi - berbanding 1,566 yang direkodkan oleh calon PAS pada Mac 2008.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang ini menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Ismail Saffian yang mendapat 19,071 undi manakala calon Bebas, Kamarul Ramizu mendapat 62 undi.

Kamarul hilang wang deposit.

Nizar dalam ucapan penerimaan keputusan itu, yang diumumkan secara rasmi kira-kira pukul 9.45 malam tadi, menyifatkan ia sebagai referendum rakyat mahukan kerajaan demokrasi, urus tadbir baik dan adil.

Malah beliau meminta agar Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan untuk membuka laluan kepada pilihan raya baru di negeri itu.

PKR kekalkan penguasaan di Bukit Selambau
Oleh ZANARIAH ABD. MUTALIB

SUNGAI PETANI: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengekalkan pengusaan mereka di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau apabila calonya, S. Manikumar memenangi pilihan raya kecil kawasan itu dengan memperoleh 12,632 undi.

Beliau menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk S. Ganesan yang memperoleh 10,229 undi dan 13 calon Bebas yang lain dengan majoriti 2,403 undi.

Keputusan tersebut diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil DUN Bukit Selambau, Datuk Abdullah Mat Akhir kira-kira pukul 10.50 malam.