Pelajar buta terkena serpihan gas pemedih mata - KelateDaily - SuratKoba Pilihe Kito

Latest

STAY WITH US

PLEASE DONATE TODAY. Your generosity preserves knowledge for future generations. Thank you.

TOLONG BERI SUMBANGAN.kemurahan hati anda mengekalkan pengetahuan untuk generasi akan datang.

PLEASE تبرع اليوم. كرمكم يحفظ المعرفة للأجيال القادمة. شكرا لك.

Bank Islam Malaysia Berhad - 08086022170986 - M.Haron

..TQ..

Friday, April 10, 2009

Pelajar buta terkena serpihan gas pemedih mata

Jika anda ingin mencuba Kopi Radix, Ubat GG, Sabun Mandi, Ayam Organik, Syampoo, Radix KOKO..byk lagi serta 220 Produk yang lain.*Mengapa umat islam mengisi rumah dengan Produk Yang subhah yang di buat YAHUDI..Non Muslim hampir 97% - colgate, lux, milo, axion, nescafe ....tkr kpd produk HPA halal lagi toyyib . Sila guna ID PAS Kawasan Marang (Parlimen Presiden PAS).No Keahlian: 334166.MY01 ( PAS KAWASAN MARANG ) ...boleh harga pengedar. boleh juga jadikan id ini sebagai penaja anda. bantu tabung PAS Marang

===================================================================

Kota Baru: Apr 10, Seorang pelajar buta sebelah mata setelah terkena serpihan objek daripada gas pemedih mata ketika rusuhan penyokong bola sepak Kelantan di luar stadium malam Selasa lepas.

Ketika kejadian, Muhammad Huzaifah Mohd Noor, 18, dari Kampung Pasir Tok Kambing di Kota Bharu sedang mengemas barangan jualan di gerai minuman milik sepupunya, lapor Bernama.

Mata kanan Muhammad Huzaifah, pelajar Institut Latihan Perindustrian Pengkalan Chepa, gagal dipulihkan walaupun menjalani pembedahan lebih empat jam di hospital sejurus selepas kejadian.

Menceritakan detik kejadian, Muhammad Huzaifah berkata kejadian itu berlaku ketika beliau sedang membantu sepupunya Abdul Rahman Hussein di gerai yang terletak 100 meter dariStadium Sultan Muhammed IV, dan bersiap untuk pulang.

"Tiba-tiba saya tengok keadaan jadi kecoh dan orang ramai berlari sambil terdengar polis memberi arahan supaya bersurai.

"Saya berpaling ke arah anggota polis berkenaan yang kebetulan melepaskan gas pemedih mata ke arah saya, tanpa sempat saya mengelak, objek itu terkena mata kanan saya," mangsa dipetik berkata di Hospital Raja Perempuan Zainab II semalam.

Abdul Rahman pula berkata beliau sempat tunduk apabila gas pemedih mata itu dilepaskan yang terkena Muhammad Huzaifah dan beliau melihat darah keluar dari mata kanan mangsa sambil menjerit kesakitan.

"Saya dan beberapa orang lagi terpaksa memapah beliau ke hospital yang letaknya tidak jauh dari tempat berkenaan," katanya.

Ibu mangsa Kamariah Hussein, 60, berkata apa yang berlaku sangat menyedihkan beliau sekeluarga tambahan pula suaminya Mohd Noor Abdul Rahman, 72, baru tiga hari dibenarkan keluar dari hospital kerana sakit jantung.

Menurut Kamariah, lapor agensi berita itu lagi, aduan polis telah dibuat pada malam kejadian dan keluarganya turut menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terlibat.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi kelmarin mengesahkan seorang remaja berusia 18 tahun cedera selepas terkena gas pemedih mata.