Pages

Monday, April 27, 2009

'Pele Pangkor' bergelut di Perak

Daftar HPA secara Online:http://www.hpa4online.com/?id=admin


eksklusif Warna kulit serta kelicikannya di padang bola membuat beliau digelar sebagai 'Pele Pangkor', begitulah menurut pembantunya. Tetapi itu dulu. Sekarang Datuk Seri Zambry Abd Kadir berdepan dengan 'pergelutan' paling sukar dalam karier politiknya.

Beliau bukan sahaja memikul tugas mentadbir negeri, tetapi juga perlu bekerja keras untuk memenangi hati rakyat selepas Perak terlepas dari tangan pembangkang dan jatuh ke tangan BN sekarang.

Walaupun BN sehingga ini dilihat menang di mahkamah, tetapi ia masih 'tewas' di mahkamah rakyat.

Keadaan menjadi semakin sukar selepas BN tewas dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang 7 April lalu, yang dianggap sebagai satu penolakan rakyat terhadap tindakan BN mengambil alih pentadbiran negeri Perak Februari lalu.

Dan yang lebih memedihkan lagi ialah apabila BN tewas kepada tidak lain dan tidak bukan, Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak yang ditumbangkan BN, Datuk Mohd Nizar Jamaluddin sendiri.