Pages

Monday, June 22, 2009

MEASAT-3A berjaya dilancarkan pagi ini

KERAJAAN UMNO PUN PERCAYA NO 4 SIAL.. DIBUATNYA 3a..APA LE KAU UMNO

MEASAT-3A berjaya dilancarkan pagi ini Jun 22, 09 12:34pm Satelit terbaru Malaysia, MEASAT-3a berjaya dilancarkan dari Baikonur Cosmodrome (Kazakhstan) pada jam 5.50 pagi waktu Malaysia hari ini.

Ia dilancarkan dalam keadaan cuaca dingin dan berangin.

MEASAT-3a sepatutnya dilancarkan Ogos tahun lalu tetapi kemalangan kren telah merosakkannya semasa persediaan untuk pelancaran dan terpaksa dihantar kembali ke Dulles untuk dibaiki.

measat launch 220609Satelit MEASAT-3a bernilai AS$165 juta itu akan meningkatkan kapasiti satelit syarikat dengan ketara, lapor Bernama.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim mengetuai kumpulan 50 anggota untuk menyaksikan pelancaran satelit keempat milik Measat Satellite Systems Sdn Bhd, menggantikan MEASAT 1 dan 2 yang dijadualkan selesai memberikan perkhidmatan pada 2015.

Satelit itu akan mula beroperasi pada Julai. MAESAT 3 dilancarkan pada 2006.

Rais berkata beliau sangat gembira dan berbangga dengan kejayaan pelancaran satelit berkenaan memandangkan ia akan membantu meningkatkan kedudukan Malaysia dalam perniagaan satelit antarabangsa serta penyiaran.

Peluang seumur hidup


"Ia juga akan meletakkan satu asas bagi rakyat Malaysia sendiri untuk mereka bentuk, mewujudkan dan mengeluarkan satelit mereka sendiri di masa depan dan tidak bergantung kepada pihak lain, satu langkah yang boleh dianggap sebagai suatu yang menggalakkan untuk industri kreatif Malaysia," kata beliau selepas menyaksikan pelancaran MEASAT-3a seberat 2,366 kilogram.

Pelancaran itu disiarkan secara langsung di Awani, saluran 501 Astro.

Antara yang menyaksikan pelancaran itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Telekom Malaysia Bhd (TM) Datuk Zamzamzairani Mohd Isa.

measat launch 220609Rais berkata ini merupakan kali pertama beliau menyaksikan pelancaran satelit.

Pelancaran MEASAT-3a, yang dikeluarkan oleh Orbital Sciences Corp of Dulles, Amerika Syarikat itu juga menjadi satu peristiwa yang tidak boleh dlupakan bagi 14 pelajar cemerlang dari Malaysia, India, Indonesia, Filipina dan United Kingdom.

Bagi mereka, ia merupakan peluang sekali dalam seumur hidup.

Lima pelajar Malaysia yang diberi peluang menyaksikan sendiri pelancaran itu ialah Ahmad Ruiz Mohd Asri dari Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur; Edmund Chen Min Lau dari Kuching, Sarawak; Lina Na'ilah Abdul Talip dari Kajang; Chandra Sekhar Kuppusamy dari Johor Baharu, dan Cliff Asher R. Ongil dari Beaufort, Sabah.

Mereka menganggap peluang sedemikan sebagai impian yang menjadi kenyataan.