KUALA KRAI: Pengiraan semula undi kini berlangsung selepas kiraan awal menunjukkan PAS menang dengan undi tipis.
Bagaimanapun terdapat sumber yang mengatakan Barisan Nasional (BN) juga menang dengan undi tipis.
Justeru, setakat 7.45 malam pengiraan semula undi sedang berlangsung di kebanyakan saluran mengundi.
mStar Online difahamkan, di peringkat awal, calon PAS, Mohd. Fauzi Abdullah telah menang dengan 106 undi.
Penjumlahan undi akan dibuat di Dewan Petra, SMK Sultan Yahya Petra 1 dekat sini.
Pada awalnya, keputusan dijangka dapat diketahui seawal pukul 8 malam ini.
Pilihan raya itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya Ismail Yaacob, daripada PAS yang meninggal dunia pada 22 Mei lalu akibat serangan jantung.
Ia menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Tuan Aziz Tuan Mat, 39 dan Mohd Fauzi Abdullah, 50 yang mewakili PAS.