Wednesday, September 16, 2009

317 PESERTA LADANG MERDEKA TERIMA DIVIDEN RM 80,000

Pasir Mas (16 Sep ) - Seramai 317 orang perserta 3 projek Ladang Merdeka KADA hari ini menerima dividen berjumlah lebih RM 80,000 hasil keuntungan tanaman padi projek Ladang Merdeka musim lepas.


Mereka terdiri 119 peserta projek Ladang Merdeka Meranti sebanyak RM 33,000, 108 peserta projek Ladang Merdeka Senor sebanyak RM 25,000 dan 90 peserta prjek Ladang Merdeka Bakong sebanyak RM 22,000.

Setiap peserta menerima antara RM 100 hingga RM 1,000 berdasarkan keluasan pemilikan tanah dalam projek Ladang Merdeka berkenaan. Majlis penyampaian dividen tersebut berlangsung hari ini di pejabat Ladang Merdeka Meranti yang disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen Rantau Panjang, Hj. Abdullah Mat Yassin.

Pada majlis tersebut juga diadakan majlis penyampaian zakat hasil padi projek Ladang Merdeka kepada golongan kurang berkemampuan. Projek Ladang Merdeka adalah salah satu pendekatan KADA bagi meningkatkan pengeluaran padi dan pembasmian kemiskinan petani KADA. Sehingga kini terdapat 17 projek Ladang Merdeka dalam kawasan KADA melibatkan sawah seluas 747 hektar dengan penyertaan 2,345 petani.

Ket. gambar : Hj. Abdullah Mat Yassin menyampaikan dividen kepada salah seorang peserta prjek Ladang Merdeka.