Pages

Thursday, January 14, 2010

Himpunan Menyambut Keberangkatan Pulang Pemangku Raja Di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa

Himpunan Menyambut Keberangkatan Pulang Pemangku Raja Di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa

JAM 2:00 petang ini dijangka ribuan rakyat Kelantan dari segenap lapisan akan membajir lapangan terbang Sultan Islam Petra di Pengkalan Chepa untuk menyambut keberangkatan pulang Pemangku Raja, Tengku Mohamad Faris Petra dari Kuala Lumpur.

Himpunan yang dianjurkan oleh satu jawatankuasa khas itu bagi menyatakan taat setia kepada Tengku Mohammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja. Acara itu difahamkan diadakan untuk menafikan mengenai usaha oleh pihak tertentu yang cuba menganggu tugas dan fungsi Tengku Faris Petra sebagai Pemangku Raja Kelantan yang sah.

Tengku Faris dilantik menjadi Pemangku Raja bagi menjalankan tugas-tugas raja atau sultan apabila ayahanda baginda Tengku Ismail Petra yang juga Sultan Kelantan kini dalam keadaan gering dan sedang dirawat di Singapura.

Turut sama akan membanjiri lapangan terbang itu petang ini ialah para pegawai kerajaan, Menteri Besar, ahli Exco dan wakil rakyat. Inilah himpunan seumpama itu pertama diadakan sejak meletusnya pergeseran antara pihak tertentu yang cuba mempersoalkan kedudukan Tengku Mohamad Faris Putera sebagai Pemangku Raja.

Semalam di Balai Islam telah berlangsung majlis penerangan berhubung perlembagaan tubuh kerajaan Kelantan dan juga peranan serta fungsi Pemangku Raja. Lebih 3,000 terdiri dari pegawai kerajaan, pegawai lantikan politik, imam, pengawa dan penghulu hadir.

Sementara itu Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat menyeru orang ramai supaya memberi ketaatan tidak berbelah bagi kepada Tengku Mohammad Faris Putra sebagai Pemangku Raja.

Majlis semalam dan himpunan sambutan keberangkatan Tengku Faris petang ini adalah simbolik kepada sokongan dan taat setia kepada baginda untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Pemangku Raja.

Pada sebelah mamnya juga akan diadakan solat hajat perdana di stadium Sultan Mohamad ke-IV untuk memohon kesejahtraan Sultan Kelantan dan juga keamanan negeri Kelantan. Solat hajat itu dijangka akan diimamkan sendiri oleh Tengku Mohamad Faris.

Sambutan hangat dan sokongan rakyat dengan menghadiri kedua-dua majlis itu menjelaskan bahawa rakyat Kelantan sepadu dan seiya dan sekata dalam memberi ketaatan kepada Pemangku Raja. Apa juga yang menjadi rahsia rakyat Kelantan menyanyangi dan sedia mentaati Pemangku Raja ialah kerana syakisah dan juga sifat baginda yang mengambil berat terhadap rakyat dan suka merendah diri.

Baginda juga seorang raja yang prihatin dan tidak mementingkan protokol di mana rakyat boleh berjumpa dengan baginda pada bila-bila masa dan di mana-mana jua. [wm.kl. 10:30 am 14/01/10]
Posted by mso.im at 10:23:00 AM 0 comments
Labels: Sambutan - Pemangku Raja