Pages

Sunday, March 28, 2010

MB ketuai menerima Anugerah Kebesaran Kelantan


Pemangku Raja disambut oleh Pengelola Istana DiRaja

Oleh Hasnan Yahya

KOTA BHARU, 30.Mac - Upacara penganugerahan Gelaran Kebesaran dan Darjah-Darjah Kebesaran hari ini berjalan lancar tanpa sebarang gangguan luar, dari jam awal pagi lagi hujan yang turun renyai-renyai dan berhenti lebih kurang 9 pagi, sambil menanti keberangkatan Yang Maha Mulia Pemangku Raja Tengku Muhammad Faris Petra yang tiba jam 10 pagi.

Seramai 84 penerima Gelaran Kebesaran dan Darjah Kebesaran selamat disempurnakan oleh Pemangku Raja yang diketuai oleh Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang membawa gelaran Dato’ Bentara Setia.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz ketika berucap mewakili kerajaan dan rakyat jelata merafak sembah dan berdoa agar pemerintahan di bawah YMM Pemangku Raja akan selamat sepanjang masa dan berdoa agar kesihatan DYMM Al-Sultan Ismail Petra turut sembuh seperti sedia kala.

“Ya Allah hapuskan segala pengkhianat, penyeleweng sama ada dari segi ekonomi kewangan dan pentadbiran negeri di bawah naungan tuanku” ujar beliau.

Turut berangkat ialah Tengku Bendahara Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra, Ahli-Ahli Majls Perajaan Negeri, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Wakil-Wakil Rakyat, Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri.