Pages

Friday, September 9, 2011

Misi Kemanusiaan?

ambo ambil dari web: http://umno-reform2.com/front/

Sidang tergempar politik kedai kopi tiba-tiba muncul tanpa disengajakan. Apa ada hal cukup kuorum mesyuarat boleh jalan. Jangan sampai lebih dari 5 orang cukup – di tempat terbuka pula tu – bangkang membangkang timbul – nanti dikatakan perhimpunan haram.

MP KEDAI KOPI 1 - Aduh malang betul nasib Noramfaizul Mohd Nor, jurukamera Bernama TV yang terkorban akibat terkena peluru sesat di misi kemanusiaan di Somalia.

MP KEDAI KOPI 2 - Apa nak buat, dah kehendak Allah SWT. Keluarga mereka mesti terkejut dengan berita itu. Moga ALLAH mencucuri rahmat ke atas roh beliau

MP KEDAI KOPI 3 - Amin…AL FATIHA…

MP KEDAI KOPI 1 - Tapi ye nak tahu juga…mereka ke sana atas misi bantuan kemanusiaan. Apa misi kemanusiaan mereka sebenarnya? Apa yang mereka lakukan kat Somalia – hantar air mineral ke? Nak tahu juga Kelab Putera 1 Malaysia ini sedar ke keadaan yang berlaku di sana? Bukankah keadaan di sana sudah dikatakan BAHAYA – kenapa dalam misi kemanusiaan ini bawa mereka yang tidak ada cukup latihan tentera untuk menyelesaikan misi ini? Nak gak tahu ini misi kemanusiaan atau misi untuk memegahkan sesuatu atau seseorang. Aku tak tahu la..kalau aku, aku kena tengok gak misi itu untuk apa, benar ke misi kemanusiaan dan apa bentuk misi itu sebelum hantar anak buah aku ke negeri yang dah di cap BAHAYA.

MP KEDAI KOPI 2 – Betul gak – sekarang kita kata Noramfaizul Mohd Nor sebagai seorang wira – kalau ikut keluarga mereka tak payah jadi wira pun tak pa – jadi wira untuk misi kemanusiaan di Malaysia pun dah ok kan. Bagi saya, saya kesian keluarga dia. Saya kesian tengok anak Malaysia yang saya tak faham misi itu untuk apa – tentera pengaman ke?

MP KEDAI KOPI 3 – Aku kata dah – kadang-kadang kita ini macam bidak dalam papan catur, jadi korban untuk kemegahan orang – ini yang menyirap darah aku ini. Aku rasa perlu ada penapisan misi yang mahu kita lakukan – main hantar aje – faedah dapat pada orang tertentu.

MP KEDAI KOPI 1 – Faedah dapat pada sapa yang ko maksudkan ini?

MP KEDAI KOPI 3 – Nanti ko tengok la..orang yang akan kuar TV menceritakan mengenai betapa wiranya Noramfaizul – last-last kematian beliau dijadikan satu loncatan politik – letih la…

MP KEDAI KOPI 1 – sama-sama kita tengok..k