Hadi jamin PAS tak paksa hudud atas bukan Islam - KelateDaily - SuratKoba Pilihe Kito

Latest

STAY WITH US

PLEASE DONATE TODAY. Your generosity preserves knowledge for future generations. Thank you.

TOLONG BERI SUMBANGAN.kemurahan hati anda mengekalkan pengetahuan untuk generasi akan datang.

PLEASE تبرع اليوم. كرمكم يحفظ المعرفة للأجيال القادمة. شكرا لك.

Bank Islam Malaysia Berhad - 08086022170986 - M.Haron

..TQ..

Saturday, October 1, 2011

Hadi jamin PAS tak paksa hudud atas bukan Islam

Sempena sambutan ulangtahunnya yang ke-60 di Kepala Batas hari ini, PAS menegaskan bahawa ia tidak akan memaksa undang-undang hudud ke atas bukan Islam, dan menyalahkan Umno mencetuskan kontroversi tersebut.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata isu tersebut
telah dipolimikkam oleh Umno dan 'media yang dibayarnya'.

Katanya, undang-undang Syariah perlu disokong oleh umat Islam kerana masyarakat telah merosot, dan kadar jenayah telah meningkat.

Bagaimanapun, tambahnya, apabila membangkitkan isu undang-undang Syariah, hanya bahagian hudud sahaja yang disebut dan dibangkitkan.

Berucap kepada kira-kira 3,000 hadirin di Dewan Milenium, Abdul Hadi berkata, bahagian mengenai hudud sengaja ditonjol untuk menyemai rasa takut di kalangan bukan Islam dan membuat umat Islam kelihatan bodoh.

Hadi yang juga ADUN Marang memberi jaminan bahawa sistem keadilan Islam adalah adil.

Tambahnya, hakim mahkamah Syariah yang sebenar lebih menumpukan kepada 'membebaskan' tertuduh, dan berusaha berbuat demikian menurut prinsip Islam.

Undang-undang ini, katanya, adalah undang-undang Allah dan tidak diwujudkan oleh Rasulullah atau mana-mana individu lain.

Bagaimanapun, kata Hadi, setiapkali menyebut hudud, ada pihak yang berkata, ia hudud PAS dan mereka menyembunyikan sifat sebenar hudud.

Abdul Hadi bagaimanapun gembira dengan hubungan berterusan parti itu dengan bukan Islam dan ia telah berjaya memecahkan benteng pemisah antara kedua-dua pihak.

Katanya, parti itu berjaya melakukannya dengan begitu baik sehingga ada bukan Islam yang meminta untuk menyertai PAS.

Selain itu, katanya, parti-parti politik dan NGO bukan Islam juga bersedia untuk bekerjasama dengan parti.

Bagaimanapun, katanya ada pihak-pihak tertentu yang mempersoalkan mengapa PAS bekerjasama dengan orang bukan Islam.

Sambil menegaskan ianya diajar oleh Islam, Hadi berkata, itulah sebabnya parti itu bergabung tenaga dengan BERSIH 2.0 walaupun presidennya, Datuk S Ambiga bukan seorang Islam.

PAS, katanya menerima semua orang, termasuk mereka yang 'digugurkan' oleh Umno.

Menurutnya, inilah sikap keterbukaan parti itu yang membawanya berganding bahu dengan parti-parti pembangkang lain untuk membentuk Pakatan Rakyat.

"Kami telah menerima perbezaan kita," kata Hadi sambil mendakwa media yang dibayar oleh BN masih mahu memecah-belahkan mereka sehingga hari in, "tetapi nampaknya, mereka telah gagal".