Nota mengharukan dari Kamunting - KelateDaily - SuratKoba Pilihe Kito

Latest

STAY WITH US

PLEASE DONATE TODAY. Your generosity preserves knowledge for future generations. Thank you.

TOLONG BERI SUMBANGAN.kemurahan hati anda mengekalkan pengetahuan untuk generasi akan datang.

PLEASE تبرع اليوم. كرمكم يحفظ المعرفة للأجيال القادمة. شكرا لك.

Bank Islam Malaysia Berhad - 08086022170986 - M.Haron

..TQ..

Monday, June 18, 2012

Nota mengharukan dari Kamunting


  • Aidila Razak
  • 11:31AM Jun 18 2012
 
“Nota penyeksaan” yang didakwa diseludup keluar dari kem tahanan ISA di Kamunting, menimbulkan persoalan berhubung kaedah soal siasat yang digunakan pihak berkuasa.

Nota berkenaan, didakwa diseludup keluar oleh kakitangan kem dan diserahkan kepada Malaysiakini, menyatakan dengan terperinci penyeksaan ala Guantanamo yang didakwa dialami oleh 45 orang tahanan yang masih dikurung di pusat tahanan di Taiping, Perak.

Tiada tarikh dinyatakan dalam nota berkenaan, namun insiden berkenaan didakwa berlaku ketika proses soal siasat ketika individu berkenaan ditahan di satu pusat tahanan reman, sebelum dipindahkan ke Kamunting.

Kandungan nota berkenaan tidak dapat disahkan secara bebas, namun dakwaan itu termasuk:

  • Dipaksa menanggalkan pakaian sehingga hanya memakai pakaian dalam, dan "digantung terbalik"  daripada satu "mesin" yang bergerak mengelilingi satu "bilik penyeksaan khas yang disyaki terletak di Bukit Aman"
  • "Tiba-tiba mesin pun berhenti. Lantas, bertubi-tubi seluruh tubuhnya dipukul dengan objek tumpul (mungkin cota)"
  • "Apabila pukulan dihentikan, mesin itu pun kembali bergerak. Tidak berapa lama mesin itu dihentikan semula dan dia kembali dipukul teruk"
  • Minyak panas dilumurkan ke kemaluan
  • Mencabut bulu di badan, termasuk bulu kemaluan
  • Melumur pes cili ke badan, terutama ke kemaluan, dan "dipaksa membiarkan cili itu mengering pada badannya" untuk tempoh dua hingga tiga hari
  • Mencucuh kemaluan dengan api rokok
  • Dipaksa berbogel dan melakukan ketuk ketampi selama beberapa jam untuk tempoh sehingga 60 hari

Difahamkan, pasukan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) ketika melawat kem berkenaan untuk memeriksa tahanan berkenaan, yang menjalankan mogok lapar, turut menerima set nota yang sama.

Pesuruhjaya Muhammad Sha'ani Abdullah berkata Suhakam kini sedang "membincangkan" kandungannya.