Dua hari lepas saya membaca Sinar Harian edisi Terengganu berkenaan laporan dan ulasan wartawannya terhadap video rakaman Yang Berhormat Dr. Dzulkifli Ahmad (Dr. Dzul) yang disiarkan oleh www.mobtv.my di bawah tajuk ‘hentikan polemik hudud’. Hati saya berdegup kencang lebih-lebih lagi apabila selepas itu terbaca lagi tulisan beliau yang disiarkan oleh Muslim Profesional Forum bertajuk “Forging a political contest beyond hudud”.
Rasa tidak selesa menguasai diri apabila membaca ayat-ayat yang menggambarkan jalur pemikiran 'pelik' sedang berada di dalam barisan Parti. Antara ayat keladi sebagai contoh beliau menyebut, “hudud should no longer be an agenda for partisan political interest” atau “hudud sepatutnya tidak lagi menjadi agenda untuk kepentingan parti politik”.
Kekeliruan
kedudukan sama ada hudud sebagai “agenda dakwah PAS” ataupun ‘partisan
political interest’ jelas tergambar di dalam pemahaman Dr. Dzul.
Pemikiran politik untuk mengelak daripada menegaskan dasar parti amat
jelas daripada tulisan-tulisan beliau yang bukan sahaja terkini, tetapi
sejak daripada awal, antaranya sepertimana yang pernah disiarkan oleh
siasah di bawah tajuk: “Perlaksanaan Islam: Pas Perlu Keluar Dari Kotak
Lama”.
Berkenaan
isu hudud pada hari ini, adalah lebih parah apabila YB Salahuddin Ayub
mengiakan pendapat Dr. Dzul sehingga ia disifatkan sebagai “PAS
bersetuju”. Walhal pendapat Dr. Dzul dan pemikiran politik beliau adalah
salah dari segi‘ Politik Islam’ dan penjelasan Tuan Guru Nik Abdul
Aziz, kenyataan terbaruTuan Guru Presiden sebenarnya sudah tersirat
penegasan hudud sebagai dasar PAS. Sebenarnya artikel-artikel Tuan-Tuan
Guru tersebut memerikan bahawa PAS sudah mempunyai ‘rumah yang dah
siap’, sepatutnya tiada lagi ‘pahat yang berbunyi’.
Saya
menghormati YB Dr. Dzul dan YB Salahudin yang rajin bekerja di dalam
parti sebagaimana rajinnya ahli-ahli yang lain. Sekalipun begitu,
penghormatan ini tidak boleh menghalang kewajipan saya membuat
penjelasan terhadap kekeliruan pemikiran yang sudah ketara, dilihat
konsisten dan berlaku berulang-ulang tanpa tanda-tanda perubahan akan
berlaku. Fenomena ini menjadi semakin bahaya khususnya apabila beliau
terlalu berani membuat kenyataan peribadi berkenaan dasar penting Parti
seperti isu kepimpinan non-muslim yang mencetuskan kontroversi dan
terbaru ialah isu hudud pula.
Pendekatan
Dr Dzul kelihatan tidak jauh berbeza dengan UMNO dari sudut matlamat
akhir. Kedua pihak ini mengatakan bahawa mereka bukan menolak hudud cuma
cuma tidak mahu lagi melaksanakan Islam dengan alasan-alasan
tersendiri. Sekalipun alasannya berbeza, tetapi keduanya melahirkan
natijah yang sama iatu Islam tidak perlu dilaksanakan ‘lagi’. Walau
bagaimanapun, isu adakah hari ini sesuai hudud dilaksanakan dan adakah
perlaksanaan hudud dianggap gopoh akan dirungkai dengan jelas dari
perspektif fiqh Islam dalam artikel saya yang akan dicoretkan selepas
artikel ini, insyaallah.
Pendekatan
Dr.Dzul ini bukan pertama kali menimbulkan kekeliruan, bahkan pada
akhir 2010 sebagai contoh, apabila Karpal Singh memberikan respon kepada
kenyataan TuanGuru Nik Abdul Aziz tentang hudud, tiba-tiba Dr. Dzul
bertindak mempertikaikan kewajaran PAS menimbulkan isu tersebut dengan
meletakkan perbincangan atau perdebatan isu ini sebagai negatif. Antara
yang menggamit saya untuk menongkah arus pemikiran ini apabila YB
Salahudin Ayub memberikan respon menyokong terhadap pendekatan Dr. Dzul,
menampakkan bahawa seni pemikiran ini mula menular di kalangan
pendokong PAS yang tidak mendalami ilmu agama. Fenomena ini dibimbangi
akan memandu PAS menyelusuri jalan yang bukan paksinya yang betul,
sekalipun matlamatnya betul.
Sama
ada sedar atau tidak, pendekatan pemikiran ini sekaligus sebenarnya
telah bercanggah dengan pendekatan Tuan Guru Mursyidul Am dan Tuan Guru
Presiden yang bertegas dan terus konsisten dengan dasar ini. Sebagaimana
yang disiarkan oleh Harakahdaily, sudut pandangan Tuan Haji Mat Sabu,
Timbalan Presiden PAS yang menyifatkan Polemik Hudud Perkembangan sihat
adalah lebih bertepatan dengan Politik Islam atau SiasahSyariyyah, iaitu
melihat polemik ini dari sudut yang positif dengan membuka ruang
berbahas berbanding sudut negatif iaitu mengelak dengan pelbagai alasan.
Pendekatan Dr. Dzul ini sebenarnya tidak selari dengan Mursyidul Am,
Presiden dan jugaTimbalan Presiden, hatta kaedah Politik Islam yang
telah diguna pakai oleh PAS sejak sekian lama.
Saya
lebih selesa menggelarkan seni politik Dr. Dzul ini sebagai seni
“Politik Ular Daun”, iaitu suka berlingkar dan menyesuaikan diri dengan
warna sekitar, satu sifat makhluk Allah, guna bagi menyelamatkan diri
daripada disedari musuh dan mangsa. Sekalipun ular daun tidak merbahaya,
tetapi ia tetap mengganggu.
KEKELIRUAN DISEBABKAN PENDEKATAN DR.DZUL.
Apa
yang malang, ada yang menyokong pendekatan ini dengan beralasankan
polemik hudud ini dicetuskan oleh UMNO untuk lagakan PAS dan DAP, maka
pendekatan politik yang kononnya bijak ialah mengelak daripada
membincangkan isu ini, tanpa mengambil kira kekeliruan orang ramai
terhadap Islam dan perjuangannya akibat tidak memberikan penjelasan dan
penegasan. Pemikiran ini dengan kata lain, memikirkan kehilangan undi
khususnya undi non-muslim adalah lebih diutamakan berbanding kekeliruan
di kalangan pendokong parti, pencinta Islam serta dakwah dan penerangan
kepada non-muslim sendiri.
Sikap
dan pendekatan ini dikenali sebagai taqiyyah di dalam Politik Islam,
iatu mulut mengungkapkan sesuatu yang tidak sama dengan pegangan dan
kepercayaan hati. Dalam kontek ini, hati mahu melaksanakan dan
mempertegaskan hudud, tetapi kenyataan diungkapkan sebaliknya.
Taqiyyah
yang dinaskan sebagaimanaayat 28 surah Aala-Imran, hanya dibolehkan
dalam kes seperti Ammar bin Yaasir yang bersifat defensive
(mempertahankan diri) seperti menjaga nyawa. Ibnu Abbas menyatakan tidak
memudaratkan orang lain adalah syarat penting ketika bertaqiyyah
seperti tidak menimbulkan silap faham terhadap Islam dan menyesatkan
orang ramai serta mengelirukan mereka tentang Islam, hakikat dan
perjuangannya. Oleh itu, seni politik ini tidak dilakukan oleh para
sahabat di dalam banyak peristiwa sebagaimana yang saya akan coretkan
nanti di dalam artikel ini.
Para
sahabat dan salafus soleh menggunakan uslub lilin yang membakar diri
bagi menerangi orang lain dengan cahaya Islam. Jika taqiyyah tidak
dibolehkan apabila boleh mengelirukanorang ramai sekalipun dalam bentuk
defensive (mempertahankan nyawa), maka lebih utama untuk taqiyyah ini
tidak dibolehkan dalam keadaan offensive (iaitu untukmencapai
kemenangan) dan menarik pengundi. Ini kerana, defensive menjaga nyawa
boleh dianggap darurat yang kadangkala boleh mengharuskan benda yang
haram,sedangkan offensive tidak bersifat demikian.
KENAPA IANYA SALAH DAN SATU BIDAAH BESAR DALAM POLITIK ISLAM?
Timbul persoalan di sini, kenapa “politik ular daun” bagi
mencapai kemenangan adalah salah dari segi politik Islam dan tidak
bertepatan dengan teladan nabi kita Muhammad SAW? Untukmemahami perkara
ini secara lebih mendalam, maka kaedah darurat, siasah syariyyah dan
lain-lain bab yang berkenaan perlu dihadhamkan. Semua ini bukan sahaja
mustahil boleh dicoretkan dalam satu perenggan, hatta juga mustahil
untuk memahaminya hanya melalui usrah dengan seorang naqib kerana ianya
perlukan kepada pengajian tekun, khususnya pengajian ilmu usul yang
tinggi.
Oleh
itu, saya rasa cukup untuk kita merenung kedudukan pemikiran ini dengan
memahami beberapa peristiwa yang berlaku di zaman nabi SAW.
Antaranya
ialah Nabi SAW pernah menolak tawaran sebagai raja yang bersyaratkan
toleransi dalam agama ketika di Mekah. Imam Tabari, Ibnu Kathir dan
lain-lain menyebut, golongan musyrikin meletakkan prasyarat untuk nabi
menerima tawaran itu antaranya ialah tidak mengkritik berhala dan tidak
menegur adat-adat mereka yang dianggap salah.
Persoalan
fokus ialah kenapa Rasulullah SAW tidak mengguna pakai “Politik Ular
Daun”, iaitu menerima dahulu jawatan sebagai raja dan menjadi orang
terkaya dan kemudiannya dengan pangkat raja dan harta kekayaan, maka
Nabi SAW lebih mudah memahamkan orang ramai tentang Islam? Kenapa Nabi
SAW tidak berlunak dengan syarat toleransi agama yang diletakkan oleh
musyrikin Mekah bagi tujuan mendapatkan kuasa politik, seterusnya
memperkenalkan Islam dengan kuasa?
Jika
pendekatan ‘Politik Ular Daun’ adalah betul untuk mendapatkan kuasa,
nescaya orang yang paling awal menerima pendekatan ini ialah nabi SAW
kerana tanpa kuasa politik di Mekah, risikonya adalah nyawa. Pun begitu,
nabi tidak mendapatkankuasa politik dengan pendekatan ‘Politik Ular
Daun’. Jika Nabi SAW tidak menerima pendekatan sedemikian rupa sedangkan
risikonya adalah nyawa, maka apa alasan Dr. Dzul mengguna pakai
pendekatan tersebut sedangkan tiada lansung risiko nyawa sebagaimana di
zaman Rasulullah? Bahkan jika Nabi SAW menerima syarat tersebut dan
menerima tawaran tanpa mempertegaskan dasar, maka menurut bacaan akal
pendek manusia, jalan ke “Putrajaya” Mekah adalah jauh lebih cerah dan
jauh lebih dekat berbanding dengan Putrajaya Malaysia dengan menggunakan
kaedah "politik ular daun". Tetapi kenapa nabi menolak?
Perlu
difahami, apabila Nabi SAW menerima kuasa politik dengan berhelah,
orang ramai akan terkeliru tentang hakikat Islam dan seolah-olah
toleransi agama adalah harus. Dr Said Ramadhan di dalam Fiqh Sirah
ketika mengulas peristiwa ini berkata: “Apa yang boleh digambarkan
berlaku dalam peristiwa ini ialah Nabi SAW meredai untuk memerintah dan
menjadi raja bersama-sama dengan mereka (musyrikin), dalam masa yang
sama Nabi SAW boleh menyembunyikan di dalam hati bahawa raja dan kuasa
pemerintahan adalah wasilah merealisasikan dakwah selepas itu (selepas
mendapat kuasa).” Seterusnya beliau menyambung: “akan tetapi Nabi SAW
tidak meredai tindakan politik seperti ini (menyembunyikan matlamat
Islam) sebagai salah satu wasilah dakwah kerana tindakan itu adalah
bercanggah dengan prinsip dakwah itu sendiri”. Seterusnya beliau
menyebut, “jika uslub pendekatan itu boleh menjadi kebijaksanaan dan
cara politik yang betul, nescaya perbezaan antara benar dan salah akan
hilang, nescaya benar dan salah bertemu (dilihat sama) pada titik alasan
kebijaksanaan berpolitik”.
Dalam
konteks kita, jika golongan yang benar-benar memperjuangkan Islam tidak
lagi mempertegaskan Islam dengan alasan untuk menang atau mendapatkan
kuasa politik, dan golongan yang batil seperti UMNO yang tidak
mempertegaskan Islam juga menggunakan alasan yang sama, maka bagaimana
orang ramai boleh membezakan mana yang betul dan mana yang salah? Jika
begitu, maka akan tiada lagi beza di antara PAS dan UMNO apabila PAS
juga dilihat tidak mementingkan perlaksanaan Islam dengan alasan
maslahah politik dan kemenangan. Inilah mafhum yang diulas oleh
ulama-ulama ketika mengulas sebab pendirian Rasulullah saw.
Politik
Islam ialah politik yang bermatlamatkan dakwah bukan dakwah
bermatlamatkan politik. Dasar politik Islam ini mementingkan kedudukan
dakwah dan kesedaran orang ramai terhadap Islam seterusnya mempengaruhi
tindakan dan keputusan politik mereka, bukan sebaliknya.
Lihatlah tindakan ghulam atau
‘budak’ dalam peristiwa Ashaab Al-ukhdud yang sanggup mati bagi
menyedarkan orang ramai. Dalam bahasa hari ini, PAS sanggup kalah
politik jika kalah itu lebih menyedarkan orang ramai berbanding menang
yang boleh mengelirukan orang ramai.
“Politik
Ular Daun” ialah politik yang mendahulukan kuasa politik dan
kemudiannya dakwah. Dengan kata lain, seni “Politik Ular Daun” ialah
seni politikyang bermatlamatkan kemenangan sebagai keutamaan dan
meletakkan kefahaman orang ramai tentang Islam dan kedudukan dakwah itu
sendiri sebagai perkara yang boleh dikemudiankan.
Suka
saya tegaskan di sini bahawa, PAS berpegang dengan prinsip “politik
bermatlamatkan dakwah, bukan dakwah bermatlamatkan politik”. Saya suka
menyambung dan menegaskan ungkapan ulama-ulama di dalam PAS yang
menyatakan:“kita sanggup kalah pilihanraya asalkan Islam dan umatnya
terjamin, berbanding kita menang tetapi kedudukan Islam tergugat dan
umatnya berada dalam keadaan keliru”. Dari segi akidahnya, berpegang
dengan prinsip ini bukan bermakna kita akan selamanya kalah kerana kalah
dan menang bukan ditentukan oleh strategi kita sebagaimana ayat 26
surah Aala-Imran. Saya berkeyakinan penuh bahawa kita akhirnya akan
menang dengan kemenangan sejati dengan melalui jalan Politik Islam yang
diajar oleh baginda Rasululah yang diredhai oleh Allah kerana ini telah
dijanjikan di dalam Al-Quran dan hadis-hadis rasulullah saw.
SUNNAH INI DIFAHAMI OLEH PARASAHABAT.
Antara
dalil yang lebih jelas menunjukkan "Politik Ular Daun" ini salah ialah
respon oleh Jaafar bin Abi Talib dan rombongan muhajirin yang
mendapatkan perlindungan di Habsyah tentang isu yang ditimbulkan oleh
UMNO Mekah di zaman itu untuk melaga-lagakan dan memecah belahkan
hubungan antara Muhajirin dan Raja Habsyah yang bernama Najasyi yang
memberikan perlindungan politik kepada mereka.
Wakil
UMNO ke Habsyah pada masa itu ialah Amru bin Al-Aas dan Abdullah bin
Rabiah yang belum lagi memeluk Islam. Amru yang memang terkenal sebagai
ahli politik yang licik cuba menghasut Raja Najasyi membenci golongan
muhajirin ini, seterusnya menghalau mereka pulang ke Mekah untuk dibuli
dan dibunuh. Semua helah wakil UMNO Mekah seperti memburuk-burukkan Nabi
SAW dan para sahabat menemui kegagalan.
Akhirnya
mereka mendapat satu idea, iaitu satu dasar penting pegangan orang
Islam yang boleh menjadi titik perbezaan fahaman dan titik
pertembungan, seterusnya diharapkan oleh wakil UMNO Mekah boleh
memecahkan hubungan mereka. Titik perbezaan itu ialah nabi Isa AS
menurut Islam adalah Rasul dari kalangan manusia biasa dan bukannya anak
tuhan sedangkan Raja Najasyi dan Habsyah yang beragama Kristian
menganggap nabi Isa itu adalah anak tuhan, bukannya manusia biasa. Sudah
pasti dasar yang dipegang oleh orang Islam ini bertentangan dengan
kepercayaan dan pegangan Raja Najasyi dan penduduk Habsyah yang menganut
kristian.
Apabila
Najasyi diberitahu oleh Amru bahawa ajaran Muhammad yang dianuti oleh
muhajirin tersebut mendakwa nabi Isa manusia biasa bukan anak tuhan,
beliau telah memanggil para sahabat bagi mendapatkan penjelasan.
Sememangnya
para sahabat berada di dua persimpangan, antara bertegas bahawa nabi
Isa bukan anak tuhan dan manusia biasa, maka risikonya adalah dihantar
pulang dan maut. Atau mereka tidak perlu bertegas dan memilih untuk
berhelah, bertangguh, bertarik tali dan berding dong atau dengan lebih
tepat "Politik Ular Daun", maka dari segi bacaan politiknya mereka akan
selamat. Antara dua persimpangan tersebut, manakah satu yang dipilih
oleh para sahabat?
Pilihan
yang dibuat oleh Jaafar ialah Politik Dakwah Islam, bukannya Politik
Ular Daun. Jaafar bin Abi Talib yang merupakan jurucakap kepada
muhajirin tidak teragak-agak menegaskan bahawa Nabi Isa adalah Rasul di
kalangan manusia dan bukannya anak tuhan sekalipun ia merisikokan nyawa
mereka sendiri. Beliau bukan setakat mendakwa nabi Isa bukan anak tuhan
(dalam bahasa hari ini, bertegas bahawa PAS akan laksanakan hudud),
bahkan Jaafar menerangkan kepada Raja Najasyi dan pemimpin Habsyah
tentang akidah Islam ini.
Mereka
tidak hipokrit, berdolak dalik atau minta bincangkan kemudian. Malah
tiada seorangpun di kalangan sahabat seramai 33 muhajirin itu
menasihatkan kepada Jaafar bin Abi Talib, RajaNajasyi, dan mereka yang
berkenaan supaya jangan timbulkan polemik kedudukan nabi Isa dengan
alasan ini dicetuskan oleh wakil UMNO Mekah.
Lihatlah
bagaimana Jaafar mengambil peluang dakwah daripada polemik yang
ditimbulkan musuh dengan bertegas dan menerangkan kepada Najasyi tentang
dasar pegangan dan pandangan Islam terhadap kedudukan Nabi Isa,
sekalipun ia merisikokan nyawa mereka. Mereka memahami jika berlunak
atau mempamerkan keraguan atau tidak bertegas, maka mereka akan
mengelirukan Najasyi dan mereka yang ada di sekeliling tentang Islam,
sekalipun nyawa mereka selamat. Mereka tetap bertegas sekalipun mereka
tahu itu adalah perangkap UMNO Mekah kerana mereka ke situ bukan sahaja
sebagai muhajirin, tetapimereka juga sebagai pendakwah. Dengan kata
lain, kita bukan sahaja memahami bahawa kita adalah ahli politik, tetapi
kita juga perlu memahami bahawa kita juga adalah pendakwah yang misinya
memahamkan orang ramai tentang Islam.
Dalam
bahasa moden, Raja Habsyah moden iaitu Karpal Singh mempersoalkan
tentang kemampuan dan keadilan hudud sebagaimana Raja Najasyi juga
pernah mempersoalkan benarkah Nabi Isa bukan anak tuhan, bukanlah
sesuatu yang pelik kerana mereka bukan seorang Muslim.Yang mesti dilihat
pelik ialah apabila UMNO yang mempertikaikan hudud kerana mereka adalah
muslim. Apa yang ditunjukkan oleh Sahabat yang sepatutnya dicontohi
oleh Dr. Dzul ialah menyambut polemik itu dengan dialog, penerangan,
muzakarah yang telus sekalipun ianya dilihat bertembung di khalayak
awam. Itulah sudut positif yang sihat dan terbuka sebagaimana komentar
Tuan Haji MatSabu. Kerja UMNO untuk memecah belahkan itu memang tidak
boleh dinafikan sebagaimana kerja jahat musyrikin Mekah juga tidak boleh
dinafikan. Orang yang jahat memang sudah jahat, maka tak guna
menyalahkan orang yang dah sememangnya jahat. Isunya apakah bentuk
pendekatan politk dan respon kita terhadap politik orang yang jahat?
Apabila
kita memahami politik Islam vs ‘Politik Ular Daun’, maka apakah alasan
munasabah Dr Dzul untuk mengelak daripada mempertegaskan dasar Islam
seperti perlaksanaan hudud? Adakah masih boleh beralasankan ini strategi
UMNO? Atau boleh beralasankan terdesak kerana pengundi-pengundi
non-muslim terjejas apabila UMNO dan MCA mereka dengan hudud? Apabila
kita memahami politik Islam yang bermatlamatkan dakwah, semua alasan itu
adalah karut.
Lihatlah
seni Al-Quran berhadapan dengan persoalan-persoalan dan peluru-peluru
kekeliruan yang sentiasa dilempar oleh golongan musuh. Sekalipun
soalan-soalan dan kritikan dilemparkan, Al-Quran mengambil sikap
menerang dengan kebenaran, kadangkala dengan uslub yang lembut memujuk,
dan kadangkala dengan uslub yang keras menikam. Yang pasti bukan dengan
uslub ‘politik ular daun’. Setiap kali kritikan, komentar dan persoalan
bertujuan mengenakan Rasulullah di lontar, maka setiap kali itulah
jawapan penerangan daripada Al-Quran menjadi ‘back fire’ semula kepada
mereka.
Sebab
itu kita dapati banyak ayat Al-Quran dimulakan dengan ‘mereka
bertanya’, ‘mereka mendakwa’, mereka menyangka’ dan lain-lain yang
akhirnya disusuli dengan ayat menerang, menempelak dengan fakta dan
lain-lain uslub Al-Quran.
MENANG KALAH DISEBALIK PENEGASAN DASAR BUKAN KITA YANG TENTUKAN.
Apa
yang paling penting yang perlu diperbetulkan ialah kefahaman bahawa
kalau kita bertegas dengan dasar kita, maka kita akan kalah dalam
pilihanraya. Non-muslim tidak akan sokong kita apabila kita bertegas
kerana mereka takutkan hudud. Keyakinan kita akan kalah kalau bertegas
dengan dasar kadangkala bersarang kuat dalam diri mereka yang menganut
fahaman ‘Politik Ular Daun’.
Perlu
dipertegaskan, bahawa pemahaman ini adalah salah sama sekali dengan
akidah perjuangan, di mana kemenangan dan kekalahan itu adalah daripada
Allah untuk hamba yang menuruti syarat-syaratnya. Keyakinan bahawa kalau
amalkan PolitikIslam (bertegas dan menerang) pasti kita akan kalah,
manakala menggunakan“Politik Ular Daun” maka pasti kita akan menang
adalah keyakinan yang bercanggah dengan akidah perjuangan.
Akidah
perjuangan yang saya ditarbiah hatta sewaktu mengikuti usrah Ikhwan di
Mesir dahulu, bahawa Allah akan memberikan kemenangan kepada orang yang
memperjuangkan agamanya menurut lunas-lunasnya. Itulah yang saya fahami
daripada pengajian yang bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah.
Lihatlah
natijah penegasan Jaafar. Bacaan politik pada awalnya memperlihatkan
99%merekaakan dihalau balik ke Mekah jika mereka bertegas dan kontra
dengan pegangannegara Habsyah. Tapi adakah itu benar-benar berlaku?
Jawapannya tidak dengan setidak-tidaknya!!! Kerana natijah itu bukan
bergantung kepada apa yang difikiran oleh akal tetapi oleh Allah melalui
sunnahNya.
Lihatlah
natijah penegasan Jaafaryang tidak sama dengan telahan akal manusia
yang sempit. Satu natijah yang mereka tidak pernah terfikir, yang mereka
tidak pernah merancang, tetapi ia adalah rancangan Allah untuk hambanya
yang benar. Iaitu Raya Najasyi tiba-tiba membenarkan dan mengiyakan apa
yang diperkatakan oleh para sahabat. Raja Najasyi seterusnya bersumpah
untuk terus mempertahankan mereka dan memberikan perlindungan. Akhirnya
bukan para muhajirin yang dihalau, tetapi wakil UMNO Mekah iaitu Amru
bin Al-As dan Abdullah bin Rabiah yang akhirnya dihalau dari Habsyah.
Raja
Najasyi akhirnya memeluk Islam setelah mengetahui hakikat kebenarannya.
Itulah kejayaan politik sebenar dan itulah yang saya harapkan berlaku
kepada Karpal. Itulah namanya seni politik Islam. Dan itulah yang
dinamakan akidah di dalam perjuangan dan politik bermatlamatkan dakwah.
SUNNAH POLITIK DAKWAH DITERUSKANOLEH PARA IMAM.
Imam
Ahmad bin Hambal antara yang mengikuti jejak langkah politik
bermatlamatkan dakwah. Bagi kepentingan dakwah, mereka terpaksa
mengorbankan diri bagi tujuan menerangi orang lain. Pernah berlaku di
zaman fitnah, Khalifah yang berpegang dengan fahaman Al-Quran adalah
makhluk telah mengarahkan untuk menangkap mereka yang berpegang dengan
akidah yang berlawanan dengan mereka. Antara yang ditangkap ialah Imam
Ahmad dan beberapa imam yang lain yang terus bertegas menyatakan
Al-Quran bukan makhluk. Ramai dikalangan ulama pada masa itu mati
dibunuh dan diseksa. Antara yang ditangkap dan diseksa, ialah Imam Ahmad
bin Hambal yang telah menyaksikan ramai rakan Ulama seperjuangannya
yang telah syahid.
Apa
yang menjadi poin di sini ialah, sekumpulan ulama jahat berjumpa dengan
beliau di dalam penjara dan menasihatinya supaya mengaku dengan lidah
bahawa Al-Quran adalah makhluk dan pendamkan sahaja rasa tidak setuju
bagi menyelamatkan nyawa. Mereka memujuk imam ahmad dengan
menggula-gulakan bahawa tindakan itu tidak salah kerana bersandarkan
ayat 28 surah Aala-Imran. Jika Imam Ahmad sanggup berbuat demikian,
mereka akan membela dan mempertahankan Imam Ahmad daripada diseksa.
Imam
Ahmad memberikan respon bahawa, jika beliau mengiktiraf dengan mulut
perkara yang salah sekalipun hatinya tidak begitu, maka beliau akan
selamat tetapi ramai yang akan sesat. Beliau mengungkapkan kata-kata
yang masyhur: “apabila orang alim diam kerana taqiyyah,yang jahil
bertambah jahil, maka bilakan kebenaran akan muncul?”.
Dengan
ungkapan moden, jika PAS tidak bertegas tentang penerangan dan
penegasan dasar perundangan Islam yang menyeluruh kerana mahukan
kemenangan, bilakah orang ramai akan mengenal kebenaran Islam?
Akibatnya, orang yang jahil akan terus dengan kejahilan, dan golongan
zalim terus selesa dengan kezaliman sedang golongan berpolitikkan
‘Politik Ular Daun’ terus berhipokrit.
PENEGASAN PRESIDEN, MURSYIDUL AM DANPANDANGAN TIMBALAN PRESIDEN WAJAR DIHORMATI DAN SEPATUTNYA DISOKONG.
Kenyataan
rasmi Mursyidul Am, Presiden PAS yang mengandungi penerangan tentang
Hudud sepatutnya disokong dan di sambung penerangannya oleh
eksekutif-eksekutif parti seperti Dr. Dzul, bukan menasihatkan supaya
semua pihak berdiam. Pandangan Timbalan Presiden, tuan Haji Mat Sabu
bahawa polemik ini adalah positif memperkuatkan sokongan terhadap
penerangan Mursyidul Am dan Presiden sebelumnya, sekaligus memahamkan
supaya semua jentera eksekutif (pelaksana) parti perlu menggerakan
respon dalam bentuk penerangan.
Polemik
hudud ini yang sekalipun ditimbulkan oleh UMNO, ia boleh dipositifkan
dengan membincangkannya secara fakta dan hujah. Ia adalah positif dari
perspektif dakwah, sekalipun bacaan akal yang sempit dari perspektif
politik adalah negatif untuk kesan politik jangka pendek.
Kita
sebenarnya tidak perlu merasa hairan apabila UMNO sentiasa menjadikan
isu-isu seperti ini sebagai bahan laga dan bahan kempen menakut-nakutkan
non-muslim untuk mereka tidak menyokong DAP yang dilabelkan sebagai
bersekongkol dengan PAS dan hudud. Dalam masa yang sama pula, isu ini
dijadikan bahan kempen oleh UMNO untuk Melayu bahawa PAS bersekongkol
dengan DAP yang anti hudud. Sambutlah polemik ini dengan mengambil
peluang memberi penerangan dan penjelasan, kerana isu yang berstatuskan
polemik menjadikan setiap orang memasang telinga untuk mengetahui dan
mendengar penjelasan, maka isi dakwah itu lebih cepat memasuki hati dan
pemikiran mereka.
Sememangnya
UMNO secara rasmi tidak pernah menegaskan apakah pendiriannya terhadap
Hudud. Media utama yang dikuasai mereka seperti Utusan Malaysia dan
Berita Harian tidak pernah membuat liputan dan interview apatah lagi nak
terjah setiap pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO tentang pendirian mereka
terhadap hudud.
Sebagai
penutup, saya menyeru kepada semua jentera PAS supaya menjadikan 6
garis panduan Tahaluf Siasi yang telah diluluskan oleh Majlis Syura
Ulama sebagai panduan. Antara yang berkait dengan isu ini ialah Garis
Panduan ke 4 yang berbunyi: “tahaluf hendaklah dijadikan ruang dan medan menyampaikan dakwah.” Dengan
kata lain, dengan tahaluf siasi, maka kita berpeluang berkomunikasi
dengan rakan non-muslim di dalam Pakatan Rakyat. Maka gunakan ruang
komunikasi itu untuk menerangkan Islam yang menjadi dasar kepada PAS.
Bukannya mengambil pendekatan takut menyatakan dasar Islam apabila
bersama-sama dengan rakan Pakatan di kalangan non-muslim. Kita perlu
memahamkan mereka tentang Islam dan akhirnya terpulang kepada mereka
membuat keputusan selepas mereka memahaminya. Masalah kita sebelum ini,
jambatan komunikasi antara kita dan non-muslim tidak wujud bahkan
disekat dan ditakut-takutkan oleh UMNO atau BN dan jentera-jenteranya.
Maka tahaluf adalah jambatan yang terbaik untuk tujuan tersebut.
Saya
meminta maaf kepada semua pihak terutamanya Yang Berhormat Dr.
Dzulkifli Ahmad dan juga Yang Berhormat Salahudin Ayub jika tulisan ini
mengguris. Saya terpaksa mengambil pendekatan ini kerana pendirian
politik beliau sudah mengundang kekeliruan terhadap PAS oleh bukan
sahaja di kalangan awam, tetapi di peringkat pendokong PAS itu sendiri.
ZAHARUDIN MUHAMMAD