Morsi bertemu dengan menteri-menteri baru selepas mereka mengangkat sumpah dan membincangkan cara-cara untuk memulihkan sektor pelancongan. [EPA]
Seramai 10 menteri kabinet baru kerajaan Mesir telah mengangkat
sumpah dalam rombakan kabinet bertujuan menambahbaikan cara pengendalian
ekonomi Mesir yang teruk.
Jawatan-jawatan penting yang bertukar tangan pada Ahad lalu adalah menteri kewangan dan dalam negeri, yang mengendalikan polis.
El Morsi Sayed Hegazy menggantikan Mumtaz al-Said di Kementerian
Kewangan manakala Jeneral Mohammed Ibrahim mengambil alih dari Ahmed
Gamal Eddin sebagai Menteri Dalam Negeri.
Rombakan tersebut dibuat dengan delegasi pegawai-pegawai Tabung
Kewangan Antarabangsa (IMF) bersedia untuk bertemu pihak berkuasa Mesir
Isnin ini untuk membincangkan pinjaman USD4.8billionn dan penyusunan
semula ekonomi.
Presiden Mohamed Morsi bertemu dengan menteri-menteri baru selepas
mereka majlis mengangkat sumpah dan membincangkan cara-cara untuk
memulihkan sektor pelancongan dan menarik pelabur asing.
Wartawan Al-Jazeera Rawya Rageh, yang melaporan dari Kaherah, berkata
rombakan tersebut bukan merupakan satu kejutan kerana Morsi dan Perdana
Menteri Mesir, Hisham Qandil telah bercakap berkenaan perkara tersebut
sejak kebelakangan ini.
Namun kejutan sebenar adalah pemecatan Eddin Gamal dari Menteri Dalam Negeri.
Tetapi wartawan kami melaporkan bawaha menteri tersebut telah
dipersalahkan kerana gagal untuk mengawal situasi keselamatan di Mesir.
(aljazeera.com)
Komentar
yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun
laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK
menjadi tanggungjawab Kelatedaily. Komentar yang disiarkan menjadi
tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan
bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur
perkauman.