UALA LUMPUR: Pelajar Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Universiti Utara Malaysia (UUM), K.S. Bawani tidak berhasrat untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), sebaliknya akan terus memperjuangkan sistem pendidikan percuma dan berkualiti di negara ini.
"Saya tiada motif ke arah itu. Buat masa ini, perjuangan saya hanya untuk rakyat. Itu tujuan utama saya," katanya ketika ditemui para pemberita pada Jumaat.
Bawani menjadi sebutan ramai apabila klip video yang menunjukkan dia sedang berhujah dengan Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin, salah seorang ahli panel pada forum 'Seiringkah Mahasiswa dan Siswi dengan Politik' mula tersebar luas di laman-laman web, blog dan juga twitter.
Tindakan Sharifah Zohra yang melarang Bawani daripada terus berhujah dengan berkata "listen, listen, listen..." sebanyak 11 kali tanpa henti telah mendapat kritikan ramai.
Bawani bagaimanapun tidak berhasrat untuk mendesak Sharifah memohon maaf kepadanya.
"Pada hari ini, saya tiada niat untuk menuntut Sharifah supaya meminta maaf. Itu bukan tujuan saya. Ia tidak penting," katanya lagi.
Bagaimanapun, gadis kelahiran Kampar, Perak itu tidak akan menolak pelawaan daripada mana-mana parti politik untuk menyuarakan pandangannya mengenai isu yang diperjuangkannya.
Bawani telah memperjuangkan isu pendidikan percuma sejak 2009 dengan menyelaras Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma.
Ketika ditanya sama ada dia sengaja bertindak bersuara lantang ketika forum tersebut untuk mendapat perhatian, Bawani berkata, apa yang dirakam dalam video selama 24 minit itu merupakan reaksi spontannya.
"Ia reaksi spontan saya dalam forum itu. Saya tidak merancang apa-apa," katanya lagi.
Latar belakang:
Nama: K.S. Bawani
Umur: 27 tahun
Asal: Kampar, Perak
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini, sedang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Utara Malaysia.
Penglibatan:
> Penyelaras dan pengasas Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP)
> aktivis PSM tapi bukan ahli
> Ahli Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa Mahasiswi (JKMI) Universiti Kebangsaan Malaysia
> Ahli Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit)Layari : http://ghanudaily.blogspot.com
BISNES DARI RUMAH. GUNA KMPUTER DAPAT INCOME.