Semua sedia maklum bahawa program yang dihadiri oleh Saudari Bawani KS ialah sesi forum dialog yang pengisiannya pastilah berkisar kepada pemahaman dan sesi soal jawab.
Srikandi yang meneliti persoalan yang cuba dibangkitkan oleh saudari Bawani KS dalam program itu melihat bahawa Bawani cuba untuk menyuarakan pendapat dan persoalan yang jelas berkaitan dengan pemasaalahan yang dekat dengan generasi muda hari ini.
Puan Sharifah telah memperlihatkan ketidakmatangan beliau dalam berhadapan dengan kenyataan dan persoalan yang diberikan oleh Bawani.
Srikandi melihat ia sebagai satu sikap yang biadap, tidak matang dan tidak profesional. Persoalannya jelas, Bawani bicara soal isu yang menekan mahasiswa , isu yang membelenggu mahasiswa namun jawapan yang diberikan hanyalah #listen!
Untuk itu dalam ruang demokrasi di negara ini yang dilihat semakin tercemar dengan budaya “Diam dan Dengar” ia menjelaskan bagaimana suara rakyat tanpa mengira siapa pun jika yang dibangkitkan itu ialah soal kelemahan kerajaan maka ia harus “ didiamkan”.
Srikandi mengambil pendirian bahawa Bawani berhak diberikan ruang tanpa dimalukan dan mendesak Sharifah Zohra dalam kadar segara memohon maaf kepada Bawani dan seluruh mahasiswa.
Puan Sharifah Zohra yang merupakan Presiden Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M) adalah lambang kepada budaya pembodohan Umno BN yang selama ini menanam rasa ego kuasa yang akhirnya melenyapkan kesantunan bahasa dan budaya Melayu.
Mungkin Puan Sharifah harus diingatkan bahawa dia bakal berhadapan dengan ribuan anak muda yang tidak akan hanya “diam dan dengar” tetapi akan bangkit bersama dalam mempertahankan hak mereka.
Kepada saudari Bawani KS, Srikandi KEADILAN mengutus salam tahniah diatas keberanian dan ketegasan beliau dalam menyuarakan pendapatnya tanpa mengira siapa.
Ini keberanian yang harus didokong dan dicontohi oleh semua anak muda terutamanya wanita muda Malaysia tanpa mengira latar belakang dan siapa kita dalam menyuarakan hak dan pendapat kita.Ini masa untuk generasi muda bangkit dengan prinsip bahawa budaya biadap dan usaha pembodohan ini harus ditolak!
Siti Aishah Shaik Ismail
Ketua Srikandi KEADILAN Malaysia
BISNES DARI RUMAH. GUNA KoMPUTER DAPAT INCOME.