Sinar Harian
Ia bayangan pertama BN di negeri yang kini ditadbir Pakatan Rakyat.
Dipetik
Bernama, beliau berkata, ini bukanlah satu pengumuman tetapi ia
menggambarkan BN mempunyai pemimpin yang lebih layak untuk menerajui
negeri ini dengan lebih baik.
"BN
mempunyai banyak perancangan untuk majukan Pulau Pinang termasuk membina
lebih banyak rumah mampu milik bagi mengatasi masalah perumahan di
negeri ini, juga pelbagai projek pembangunan lain.
"Ketika
ini banyak projek pembangunan yang dirancang di bawah agensi atau
jabatan kerajaan persekutuan berdepan dengan pelbagai halangan untuk
mendapatkan kelulusan daripada kerajaan negeri, oleh itu berilah BN
peluang untuk mentadbir kembali Pulau Pinang untuk kesejahteraan
rakyat," katanya.
Beliau
berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran gelombang biru
dan himpunan rakyat 1Malaysia di padang Sekolah Menengah Kebangsaan
Taman Inderawasih, Perai di sini malam tadi.
Turut
sama pada perhimpunan yang dihadiri kira-kira 30,000 orang itu Menteri
di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; Naib Presiden
MCA yang juga Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Timbalan
Presiden MIC yang juga Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S.
Subramaniam.
Chang
Yeow, 48, adalah bekas anggota exco kerajaan negeri dan dilantik
memegang jawatan pengerusi BN negeri tahun lepas oleh Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menggantikan Menteri di Jabatan Perdana
Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon.
Muhyiddin
menegaskan segala pencangan yang telah dilaksanakan kerajaan
persekutuan di bawah program transformasi mencapai kejayaan yang
membanggakan dan faedahnya dikongsi bersama dengan rakyat.
-sinarharian-
*Koh Tsu Koon dulu tu Jawa, yang ni Bugis kot. Jadi orang melayu Pulau Pinang diminta memberi kemenangan besar kepada umno/bn supaya dapat mengembalikan jawatan Ketua Menteri kepada orang melayu...kah kah kah hidupmelayu - kerengga
//*Koh Tsu Koon dulu tu Jawa, yang ni Bugis kot. Jadi orang melayu Pulau Pinang diminta memberi kemenangan besar kepada umno/bn supaya dapat mengembalikan jawatan Ketua Menteri kepada orang melayu...kah kah kah hidupmelayu - kerengga
IKLAN BERBAYAR: Kami menawarkan iklan serendah RM10.00 sebulan di http://kelatedaily.com/iklan ( tambah RM20.00 jika ingin letak iklan di http://kelatedaily.com) dan anda dibayar komisyen RM4.00 jika rekmen pada kekawang (aras1) dan jika mereka aras 2 - 5 anda dibayar komisyen rm1.00 daftar sekarang di http://auto-income.kelatedaily.com
tulisss
BISNES DARI RUMAH. GUNA K0MPUTER DAPAT INCOME.