Satu jejambat di kawasan dekat Taman Sains Selangor, Cyberjaya runtuh dalam satu kejadian petang ini.
Beberapa gambar yang menunjukkan jejambat yang runtuh merentasi satu jalan yang sedang dibina hari ini dikesan tersebar di laman Facebook dan Twitter.

Tulisan di Twitter menyebut, tiada individu yang cedera akibat kejadian tersebut memandangkan jalan itu ditutup kepada pengguna.

Balai polis Cyberjaya ketika dihubungi mengesahkan kejadian runtuhan jejambat tersebut, namun pegawai berkenaan berkata kawasan berkenaan berada bawah bidang kuasa balai polis Putra Perdana, yang tidak dapat dihubungi.

Seorang pegawai polis di ibu pejabat daerah Sepang memberitahu Malaysiakini, mereka tidak mempunyai maklumat buat masa ini.