Pages

Saturday, February 2, 2013

Mood rakyat tolak BN pada PRU13

 Petikan :  Warta Utara   
BENARKAH rakyat kini menolak BN? Bagaimanakah mood rakyat mutakhir ini melihat keperluan menukar kerajaan BN kepada Pakatan Rakyat? Ikuti temubual Wartawan Kanan AZIZ MUDA bersama Naib Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub  membincangkan perkara ini.
WARTAWAN: Apa pandangan YB mengenai Janji Dermokrasi yang diketengahkan Pakatan Rakyat pada malam ambang sambutan kemerdekaan ke-55, 31 Ogos lain?

SALAHUDDIN AYUB: Janji Demokrasi yang diketengahkan Pakatan Rakyat itu adalah satu teras yang mesti diikuti dan dinikmati oleh rakyat di negara kita. Kira tak boleh terima jika demokrasi terus diperkotakkatikkan sehingga akhirnya hanya tinggal satu slogan yang mengelabui mata rakyat, sedangkan keadilan semakin luntur di negara kita.
WARTAWAN: Untuk mendapatkan sokongan rakyat, Umno-BN semakin ligat memainkan isu jahat dan menabur fitnah...
Budaya fitnah sudah menjadi fenomena dalam Umno-BN. Fenomena dalam Umno-BN bukannya memberikan harapan kepada rakyat Malaysia untuk mengatasi masalah itu. Ini membuatkan rakyat Malaysia gagal untuk berteduh di bawah BN. Inilah yang menjadi senjata kepada Umno-BN untuk menghadapi Pakatan Rakyat sekarang.
WARTAWAN: Umno-BN juga semakin ketara dengan budaya samsengnya sejak dulu dan menjadi semakin ketara sekarang.

Menggunakan samseng sememangnya sudah menjadi budaya dalam Umno-BN yang dijadikan senjata penting bagi menjatuhkan Pakatan Rakyat. Budaya samseng amat berleluasa dalam Umno-BN setelah mereka gagal berhujah dengan Pakatan Rakyat secara gentleman.
Budaya samseng sememangnya dijadikan senjata oleh BN seiring untuk dengan budaya fitnah bagi menghadapi Pakatan Rakyat.
WARTAWAN: Dalam menghadapi budaya samseng, pihak polis pula dikatakan berat sebelah dengan lebih memihak kepada Unmo-BN...

Pihak keselamatan harus sedar dalam hal ini. Mereka perlu meletakkan diri mereka pada tahap neutral. Pihak keselamatan perlu sedar tentang diri mereka yang dijadikan tempat oleh rakyat untuk mendapatkan keadilan.
Jadi pihak polis perlu bertindak adil. Sehingga sekarang rakyat masih lagi menaruh harapan kepada pihak keselamatan dan meradikan mereka sebagai tempat mengadu untuk mendapatkan keadilan.
Pihak polis perlu profesional. Mereka perlu bertindak secara profesional. Kalau tak. rakyat akan meletakkan undang-undang di tangan mereka sendiri. Pihak keselamatan juga perlu sedar. mereka tidak boleh bertindak dengan memihak kepada sebelah pihak, khususnya kepada BN selaku parti yang memerintah sekarang. Parti politik datang dan pergi. Itu adalah realiti yang perlu disedari oleh pihak polls.

WARTAWAN: Apa pandangan YB dengan cadangan Perdana ;Menteri untuk mengadakan PRUI3 November ini?

Sebagai Perdana Menteri, Dato' Seri Najib harus melihat dua keadaan yang sangat penting. Sebagai Perdana Menteri, dia harus mengelak untuk mengadakan PRU13 pada bulan November ini.
Dalam hal ini, ingin saya menyarankan kepada Dato' Seri Najib agar jangan mengadakan pilihan raya pada hujung tahun ini. Sebaliknya. Dato' Seri Najib perlu melihat kepada dua perkara penting.
Pertama, hujung tahun ini adalah ketika pemergian jemaah haji ke Tanah Suci Makkah. Sekiranya diadakan raya ketika itu, bermakna jemaah-jemaah haji tidak dapat membuang undi. Ini bermakna Perdana Menteri sengaja tidak memberikan peluang dan hak mereka yang pergi mengerjakan haji itu melaksanakan tanggungjawab mereka untuk mengundi.
Kedua. hujung tahun ini juga adalah ketika diadakan peperiksaan PMR dan SPM. Ingin saya sarankan kepada Dato' Seri Najib agar jangan ganggu emosi para pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM.
Jangan ganggu emosi para pelajar. ibu bapa dan guru-guru. Setelah setahun mereka berkerja keras untuk menghadapi peperiksaan itu, mereka perlu diberikan kesempatan untuk menghadapi peperiksaan-peperiksaan itu. Itulah tahap penting bagi para pelajar, ibu bapa dan guru-guru untuk meraih kejayaan yang cemerlang.
Jadi saya berharap agar Dato' Seri Najib jangan ganggu emosi mereka. Sebagai Perdana Menteri, Najib perlu lihat perkara itu dengan serius. Saya turut mencabar Najib agar cukupkanlah sepenggal lima tahun. Jangan adakan pilihan raya pada bulan November atau hujung tahun ini.
WARTAWAN: Mood rakyat untuk menolak Umno-BN bukan sahaja berlaku di Semenanjung, tetapi rakyat Sabah juga turut bangkit...

Kebangkitan rakyat Sabah sememangnya menjadi sesuatu yang amat menakutkan BN. Sabah dan Sarawak sebelum ini adalah merupakan negeri-negeri yang menjadi deposit bagi BN. Apabila rakyat Sabah dan Sarawak turut bangkit, ini pasti akan melumpuhkan EN.
Lebihi menakutkan BN apabila fenomena ini juga turut berlaku di Johor. Rakyat sekarang ternyata bukan lagi menyokong BN dengan melulu. Malah mereka mahu pemimpin-pemimpin yang jujur dan amanah dari Pakatan Rakyat untuk memimpin mereka.
Tambahan pula di Sabah amat mendukacitakan. Sabah hingga sekarang masih menjadi negeri yang paling miskin di Malaysia. Ini tentunya tidak menyenangkan rakyat Sabah. Mereka pasti ingin turut mengubah keadaan itu dengan mencari cara baru menerusi politik baru yang dibawa etch Pakatan Rakyat.
WARTAWAN: Amalan rasuah dalam Umno-BN ternyata semakin berleluasa sejak dulu hingga sekarang sehingga amat mendukacitakan rakyat.

la satu budaya yang perlu ditamatkan segera. Rasuah akan memusnahkan sesebuah parti. Sebelum ini terdapat beberapa parti besar di India, Filipina dan Indonesia yang terbabit dalam rasuah dengan berleluasa dan akhirnya ditolak oleh rakyat. Mana-mana parti yang terbabit dengan rasuah pasti akan ditolak oleh mkyat.
Rasuah bukan hanya akan memusnahkan seseorang pemimpin, sesebuah parti tetapi juga sesebuah negara. Jika pemimpin sesebuah parti yang memerintah itu terbabit dengan rasuah, ia pasti akan melumpuhkan negara. Pakatan Rakyat akan mengubah keadaan ini.
WARTAWAN: Isu Scorpene pasti akan lebih memburukkan imej BN. Apa reaksi YB?

Isu Scorpene merupakan trademark Umno-BN yang tak akan selesai. Isu Scorpene juga akan menjadi bualan seluruh rakyat negara ini dan antarabangsa. lsu ini memaparkan wajah sebenar BN. la turut menarik perhatian masyarakat antarabangsa untuk mengetahuinya.
Harapan saya kepada rakyat negara ini, jangan lepaskan peluang untuk menjatuhkan Kerajaan BN. Gantikanlah BN dengan Pakatan Rakyat yang akan melakukan pelbagai perubahan di negara ini seperti yang dinyatakan di dalam Buku Jingga dan Dokumen Negara Berkebajikan. Rakyat sememangnya yakin dengan Pakatan Rakyat untuk bersama-sama melakukan perubahan seperti yang diharapkan itu
//

BISNES DARI RUMAH. GUNA KMPUTER DAPAT INCOME.