Pages

Wednesday, February 20, 2013

Runtuh Lagi


KUALA LUMPUR: Insiden Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Kuala Terengganu yang runtuh semula  semalam menjadi bahan jenaka orang ramai terutamanya di laman sosial Facebook.

Selepas gambar stadium dimuatnaik di laman sosial itu, pengguna laman Facebook terus memberi pelbagai komen, namun komen sindiran antara  komen yang paling dominan.

Ramai yang menyifatkan kejadian runtuh itu umpama memberi gambaran bahawa kerajaan Umno BN Terengganu akan 'runtuh' dalam PRU ke-13 ini.

"Tanda-tanda akan runtuhnya sebuah kumpulan...," komen Jamilah Ahmad dari Permatang Pauh.

"Runtuhan ini isyarat sah bahawa Negeri Terengganu yang diperintah BN akan pasti runtuh pada PRU-13, untuk diambil alih oleh PR...sama-sama kita tengok persitiwa ini," demikian komen Kamaruzzaman Jamal dari Kajang.

"Ini menunjukkan BN akan juga runtuh bukan saja di T'ganu tapi seluruh M'sia pada PRU-13 nanti.... doakan," komen Nor Azman Ibrahim dari Bangi.

Sejak beberapa insiden bangunan runtuh berlaku semasa pentadbiran Datuk Seri Ahmad Said, negeri Terengganu mendapat gelaran 'darul runtuh' sehingga menjadi buah mulut dan kemudian seolah-olah menjadi 'badi' yang terus membadai negeri itu. 

Sebelum ini, beberapa kejadian runtuh seperti  tangki air Sekolah Menegah Paka, di Dungun Terengganu, perhentian bas Kuala Berang dan astaka di Padang Astaka Jertih.

"Terengganu darul runtuh katakan...," komen Mohd Taib dari Serdang.

"Nama dahlah Darul Runtuh, jadi asyik runtuh aja le!," komen Meor Raz dari Perak.

Malah ada yang menyarankan agar kerajaan Terengganu merobohkan kesemua sisa-sisa bangunan itu kerana dibimbangi akan mengundang bahaya lagi selepas ini.

"Kalau sedang 'repair' pun boleh runtuh...ini menunjukkan struktur lemah...runtuhkan terus...buat yang baru...lebih selamat...jangan gadaikan nyawa orang lain...duit minyakkan banyak!," komen Bro Wandy.

Semalam kira-kira jam 11.30 pagi, lima pekerja rakyat tempatan mengalami kecederaan apabila kerangka bangunan stadium itu menimpa mereka. 

Runtuhan itu melibatkan sebahagian daripada struktur asal bumbung tersebut, dianggarkan sepanjang 137 meter. 

Kejadian dipercayai akibat kelemahan struktur utama bumbung setelah melalui beberapa proses menurunkan kerangka di bahagian tengah bumbung, katanya.

Ia merupakan kejadian kedua selepas bahagian bumbung stadium di Gong Badak, Kuala Terengganu itu runtuh pada Jun 2009.

Menurut laporan itu, stadium berkenaan sedang dibaikpulik dengan kos RM15 juta.

Bumbung utamanya yang bernilai RM292 juta runtuh pada 2 Jun 2009 menyebabkan kira-kira 50 peratus daripada strukturnya musnah.


IKLAN BERBAYAR: Kami menawarkan iklan serendah RM10.00 sebulan di http://kelatedaily.com/iklan ( tambah RM20.00 jika ingin letak iklan di http://kelatedaily.com) dan anda dibayar komisyen RM4.00 jika rekmen pada kekawang (aras1) dan jika mereka aras 2 - 5 anda dibayar komisyen rm1.00 daftar sekarang di http://auto-income.kelatedaily.com

tulisss

BISNES DARI RUMAH. GUNA K0MPUTER DAPAT INCOME.