KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam turut memberikan penghormatan terakhir kepada dua orang wira negara yang terkorban dalam pertempuran dengan penceroboh di Lahad Datu, kelmarin.
Dalam kejadian kelmarin, dua anggota komando polis VAT-69 itu, Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin Daud, meninggal dunia dipercayai terkena tembakan mortar dalam kejadian tembak-menembak dengan penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina.
Selain itu, 12 penceroboh juga terbunuh. Mereka sebahagian daripada 180 pengikut ‘Sultan Sulu’ yang dikepung pasukan keselamatan di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo.
Kumpulan penceroboh itu telah berkampung di kawasan Lahad Datu selama lebih dua minggu bagi menuntut hakmilik kepada negeri Sabah yang mereka dakwa kepunyaan Kesultanan Sulu.
Dalam operasi tersebut juga, seramai tiga lagi anggota polis tercedera iaitu Koperal Mohd Tarmizi Hashim, Koperal Mohd Qaiyum Afzal Zulkifli dan Koperal Azman Ampong.
BISNES DARI RUMAH. GUNA K0MPUTER DAPAT INCOME.