
Kecelaruan mengenai pewaris sebenar yang berhak ke atas takhta Kesultanan Sulu bermula dengan kemangkatan Sultan Jamalul Kiram II pada 1936, Sultan Sulu terakhir yang berdaulat tetapi malangnya tidak mewariskan sebarang zuriat. Sejak daripada tarikh tersebut, muncullah berpuluh-puluh individu sama ada dari Sabah mahupun rakyat Filipina yang mengaku sebagai pewaris dan berhak ke atas kekosongan takhta Kesultanan Sulu, terutamanya daripada keturunan keluarga Kiram. Individu yang membuat tuntutan ini termasuklah mereka yang sebenarnya langsung tiada kaitan dengan institusi Kesultanan Sulu ini (Sekadar menyamar). Sebenarnya selepas kemangkatan baginda, takhta sewajarnya dikembalikan semula kepada keluarga Pewaris Kedua iaitu Keluarga Maharajah Adinda. Justeru itu, mari kita lihat terlebih dahulu senarai ‘Sultan Sulu’ selepas kemangkatan Sultan Jamalul Kiram II, biarpun tidak lagi mempunyai kuasa dan tidak berdaulat, untuk memahami punca pertikaian sebelum meneliti senarai individu utama yang menyamar sebagai ‘Sultan Sulu’:




4) Sultan Muhammad Mahakuttah Kiram (1974-1980) : Beliau merupakan putera sulung melalui isteri kedua kepada Sultan Esmail Kiram I. Beliau dilantik sebagai Sultan Sulu selepas kematian Sultan Esmail Kiram I kerana Datu Pujungan, yang ketika itu merupakan Raja Muda (setaraf Putera Mahkota), melarikan diri ke Sabah akibat kekacauan yang berlaku di Sulu pada masa tersebut. Apa yang menariknya, beliau ini dilantik secara langsung oleh Kerajaan Filipina di Manila yang ketika itu dipimpin oleh Presiden Marcos. Beliau berdiam di Manila, tinggal di Hotel Aurelio di Mabini, dan menerima elaun serta ditanggung kewangannya oleh Presiden Marcos (Fikirkanlah sendiri!!!). Pada tahun 1980, selepas darurat ditamatkan, Raja Muda Punjungan kembali dari Sabah ke Jolo. Sultan Muhammad Mahakuttah Kiram yang ketika itu turut berada di Jolo bersetuju menyerahkan takhtanya kepada pakciknya, Raja Muda Punjungan sebagai Sultan Sulu dengan gelaran Sultan Punjungan Kiram.
5) Sultan Aliuddin-II (1980-2007) : Nama sebenar beliau adalah Datu Aliuddin Haddis Pabila bin Datu Syeikh ibni Maharajah Adinda Sultan Muhammad Aranan Puyo, dan berasal dari Sabah. Ketika era ‘pemerintahan’ Sultan Muhammad Mahakuttah Kiram, telah berlaku satu peristiwa yang cukup penting. Para ahli keluarga pewaris Kedua mula memahami sejarah sebenar dan menyedari hak-hak mereka. Atas jemputan Pehin Dato’ Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri, keluarga Pewaris Kedua yang diketuai oleh Datu Aliuddin Haddis Pabila telah meminta pihak Muzium Brunei untuk menjaga Pulau Janggi pada tahun 1978 (Bagi mengelakkan kepalsuan Pulau Janggi dibuat oleh pihak lain). Pulau Janggi yang diserahkan telah diperiksa dan disahkan ketulenannya oleh pihak Muzium Brunei. Pada masa tersebut, beliau telah disahkan sebagai "Pewaris Sultan Sulu yang sebenar" dan di dalam Surat Penerimaan Pulau Janggi yang dikeluarkan oleh pihak Muzium Brunei, beliau telah diisytiharkan sebagai "Sultan Aliuddin-II".
Sultan Aliuddin II
Dengan pertukaran takhta bagi pewaris Keluarga Pertama oleh Sultan Muhammad Mahakuttah Kiram kepada Sultan Punjungan Kiram yang bukan daripada darah di Raja Kesultanan Sulu, maka sahlah permulaan takhta Kesultanan Sulu dikembalikan kepada keluarga Pewaris Kedua (Maharajah Adinda) melalui Sultan Aliuddin-II ini. Pada 17 Disember 2004, Majlis Diraja Sulu sekali lagi telah mengisytiharkan beliau sebagai "Sultan Sulu", namun Majlis Pertabalan tidak dapat dilaksanakan kerana kekurangan sumber kewangan sehinggalah beliau wafat pada 30 Jun 2007.
Gambar Datu Sharif Abd Rahman (Kiri), Datu Jainal Ali ibni Datu Aliuddin (kedua dari kiri), En.Salam (Kedua dari Kanan) dan Datu Aliuddin Haddis Pabila (Kanan) bersama Pulau Janggi (tengah) sebelum diserahkan ke Muzium Brunei pada tahun 1978.
6) Datu Ali Kuyung (2007-kini) : Pengerusi Majlis di Raja Sulu (Pemangku Sultan Sulu buat sementara waktu). Nama sebenar beliau ialah Datu Muhammidul Ali bin Datu Mahmun bin Datu Halun ibni Maharajah Adinda Sultan Muhammad Aranan Puyo. Merupakan anak saudara kepada Datu Aliuddin Haddis Pabila. Biarpun dari segi kekananan generasi, masih terdapat ramai waris lebih tua yang lebih layak, namun beliau merupakan pewaris yang paling layak untuk ditabal sebagai Sultan Sulu yang seterusnya jika ditinjau dari segi kekananan baginda kerana merupakan cicit lelaki sulung kepada isteri pertama Maharajah Adinda Sultan Muhammad Aranan Puyo. Beliaulah yang meneruskan legasi perjuangan Keluarga Pewaris Kedua Kesultanan Sulu pada masa kini. Tidak memakai gelaran ‘Sultan’ kerana telah disepakati tiada siapa pun yang berhak mendakwa diri sendiri sebagai ‘Sultan Sulu’ pada hari ini selagi kesemua waris yang berhak termasuklah yang telah menabalkan diri masing-masing sebagai Sultan Sulu tidak duduk semeja untuk berbincang dan menabalkan seorang sahaja yang benar-benar paling layak dan berhak untuk menjadi Sultan berdasarkan Tartib di Raja Sulu.
Y.M. Datu Ali Kuyung
Sejarah telah tercipta apabila beliau telah berjaya menyatukan Keluarga Pewaris Pertama dengan Keluarga Pewaris Kedua iaitu melalui anakanda Sultan Muhammad Mahakutta Kiram, iaitu Raja Muda Muedzullail Kiram. Telah disepakati bahawa kedua-dua pewaris Kesultanan Sulu ini tidak akan membuat tuntutan terhadap Sabah, yang akan hanya menguntungkan mainan politik Filipina semata-mata. Kini, masa sahaja yang akan menentukan apakah pengakhiran kepada episod tuntutan tahkta Kesultanan Sulu ini. Namun apa yang pasti, jika beliau berjaya memerdekakan kembali Kesultanan Sulu Darul Jambangan (bukannya sibuk menuntut Sabah dan elaun wang pajakan sebagaimana sesetengah individu yang mendakwa diri sendiri sebagai ‘Sultan Sulu’), tiada keraguan lagi beliaulah yang akan ditabalkan secara rasmi kelak sebagai Sultan Sulu.
Datu Ali Kuyung (waris Maharajah Adinda) di sebelah kiri dan Raja Muda Muedzullail Kiram (waris Kiram) di sebelah kanan berjabat tangan selepas menandatangani Perjanjian Penyatuan keluarga pewaris Di Raja Sulu.
Senarai yang mengaku Sultan Sulu yang terdiri daripada penyamar dan waris yang tidak berhak :





( http://tausug-global.blogspot.com/ )
Nama sebenar beliau ialah Datu Ladjamura bin Datu Wasik. Asalnya beliau dihantar ke Sulu oleh Majlis Di Raja Sulu sebagai wakil jurucakap kepada keluarga Pewaris Kedua untuk memberikan penerangan kepada rakyat Sulu mengenai kewujudan Pewaris Kedua dan hak untuk menghidupkan semula Kesultanan Sulu daripada penindasan dan mainan Kerajaan Filipina. Walaubagaimanapun, beliau akhirnya bekerjasama dengan United Tausug Citizen (UTC) sebelum diangkat oleh organisasi tersebut sebagai Sultan Sulu dengan gelaran Sultan Bantilan Muizzudin II. Tindakan ini sangat mengejutkan dan mengecewakan seluruh ahli keluarga Pewaris Kedua. Justeru itu, tiada siapapun daripada kalangan keluarga Maharajah Adinda yang menyokong perlantikannya. Sebagai maklumat tambahan, UTC inilah dalang yang telah mencetuskan kontroversi apabila mengedarkan Sijil Kelahiran Kesultanan Sulu di Sabah satu ketika dahulu.
Surat Perjanjian dan Perlantikan oleh Y.M. Raja Bongsu II kepada Datu Ladjamura sebagai wakil penerangan Keluarga Maharajah Adinda
6) Sultan Aidal Aliuddin :
( Di Tahan di tahan di Rumah Merah, Kimanis, Papar Sabah atas kesalahan Imigresen oleh Pasukan Petugas Khas Persekutuan)
Dia sebenarnya hanya merupakan anak angkat kepada Datu Aliuddin Haddis Pabila. Mengikut salah seorang waris keluarga Maharajah Adinda iaitu Datu Ali Aman, pada suatu ketika dahulu, rumah kediaman Datu Aidal yang terletak berhampiran dengan rumah beliau di Kampung Likas telah terbakar sehingga ranap pada tahun 70-an. Beliau yang ketika itu tidak mempunyai sebarang keterangan diri telah datang kepada Datu Aliuddin dan merayu untuk mengambilnya sebagai anak angkat dan seterusnya memudahkan beliau mendapat pampasan bagi rumahnya yang terbakar itu serta memudahkannya mendapat kerakyatan di negara ini,
Disamping itu, semasa perlantikannya sebagai Sultan, seorang ahli perniagaan (namanya dirahsiakan) di Sulu telah muflis akibat penipuannya yang telah menghutang 5 ekor lembu ternakan yang kononnya di jadikan santapan untuk tetamu yang hadir dan yang lebih memalukan lagi ahli perniagaan tersebut telah meninggal dunia tanpa mendapat bayaran dari hutang lapuk Datu Aidal. Selepas Pelantikannya sebagai Sultan yang tidak berdaulat itu, beliau telah lari ke Sabah untuk melindungi dirinya dari terus diburu akibat penipuannya sendiri. Penipuan beliau terbongkar apabila seorang penduduk(namanya dirahsiakan) dari kampung beliau telah mendedahkan semua butir-butir diri Datu Aidal termasuk ayahnya yang sebenar bernama Wahiddun dan ibunya bernama Milling yang tinggal di Tawi-tawi, Sulu.
7) Sultan Ibrahim Bahjin
Dia ini adalah dari Keluarga Shakiraullah, namun hanya berpangkat "Anak Saudara" kepada waris Sultan dari Keluarga Shakiraullah iaitu Sultan Agimuddin Abirin @ Sultan Pitico ibni Sultan Jamalul Abirin ibni Sultan Zainal Abirin. Ironinya, anak-anak kepada Sultan Agimuddin Abirin ini tiada yang tampil membuat tuntutan ke atas takhta kesultanan Sulu. Agak menggelikan hati apabila Dr. Ibrahim Bahjin ini menggunapakai gelaran "Paramount Ruler". Mungkin ingin mengangkat dirinya sendiri melebihi penuntut-penuntut takhta yang lain.
8. Sultan Mudarasulail Kiram : http://www.rumahbicarasulu.com
The Star - 27 September 2010
Dia telah mendapat liputan di dada-dada akhbar tempatan pada tahun lepas selepas memohon dana daripada umum sebanyak RM5 Juta bagi membangunkan semula Istana darul Jambangan bagi Kesultanan Sulu. Walaubagaimanapun, menurut seorang kerabat Kesultanan Sulu daripada waris kedua iaitu Datu Muhammad Al-Fazhir, namanya sebenar individu ini ialah Faisal bin Hassan yang berasal daripada Tawi-Tawi, dan merupakan anak seorang pelarian yang membesar di penempatan UNHCR di Kampung Kinarut, Sabah. Dia pernah menyamar sebagai Rajamuda Datu Muedzullail Kiram dengan berlakon kononnya dia telah di hantar oleh ayahnya iaitu Sultan Muhammad Mahakuttah Kiram ke Sabah semasa Sulu berada dalam keadaan darurat akibat perang. Walaubagaimanapun, penipuan tersebut telah terbongkar apabila Rajamuda Datu Muedzullail Kiram sendiri telah tampil untuk berjumpa dengan pewaris-pewaris Kesultanan Sulu yang lain dan menjelaskan hal yang sebenar. Mungkin kerana malu, dia telah menukar namanya kepada Datu Mudarasulail Kiram dan seterusnya mendakwa sebagai waris yang berhak kepada takhta Kesultanan Sulu.
9. Sultan Shariful Hashim II :
Dia adalah individu terbaru yang ditabalkan sebagai Sultan Sulu. Nama sebenarnya ialah Datu Mohd Akjan dia telah di’tabal’kan oleh Datu Albi Ahmad Julkernain dan sebilangan bekas pemimpin United Tausug Citizen (UTC) yang kini telah pun berpecah belah, tetapi dia kemudiannya menyatakan majlis tersebut sebenarnya adalah sebuah kenduri kesyukuran. Menurut kenyataan yang diberikan oleh Datuk Eric Enchin Majimbun di Parlimen, Datu Mohd Akjan telah dibawa oleh bapa saudaranya, Hashirin Sumabud ke Kem Sibaud di Sandakan atas alasan keselamatan pada 11 November 1962 dan kemudiannya menjadi warganegara Malaysia. Dia adalah bekas tahanan ISA kerana dipercayai terlibat dalam sindiket pemalsuan kerakyatan dan pengeluaran Kad Pengenalan palsu.

Kenyataan Datu Albi Ahmad Julkernain yang menyatakan Datu Akjan adalah "Direct-Descendent" kepada Sultan Shariful Hashim (Sultan Sulu Pertama) juga agak menghairankan dan mengelirukan. Mengikut fakta sejarah Kesultanan Sulu, jalur-terus keturunan Sultan Shariful-Hashim (Sultan Sulu Pertama) hanya sehingga Sultan Betarashah Tengah @ Panguilan Tindig ibni Sultan Pangiran Buddiman Ul-Halim. Dan dengan kemangkatan Sultan Betarashah Tengah yang tiada "Waris Lelaki", maka akhirnya anak buahnya yang bernama Pangiran Shahbandar Maharajalela @ Raja Bongsu ibni Sultan Muhammad Hassan di Brunei, telah ditawarkan untuk menaiki takhta kesultanan Sulu, yang kemudianya menjadi Sultan Sulu dengan gelaran Sultan Mawalil-Wasit-I @ Raja Bongsu.
Rujukan :
1) Asreemoro (2007) “Tausug & Kesultanan Sulu” Penerbit Saba
2) Nik Anuar Nik Mahmud (2009) “Tuntutan Filipina ke atas Borneo Utara (Cetakan Kedua)” Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
3) Y.M. Datu Ali Aman @ Raja Muda Bongsu II ibni almarhum Sultan Aliuddin II
4) Julasri bin Hajan (Asreemoro) : http://tausug-global.blogspot.com/
5) Y.M. Datu Fazhir bin Datu Ali Kuyung : http://datufazhir-p2.blogspot.com
1) Asreemoro (2007) “Tausug & Kesultanan Sulu” Penerbit Saba
2) Nik Anuar Nik Mahmud (2009) “Tuntutan Filipina ke atas Borneo Utara (Cetakan Kedua)” Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
3) Y.M. Datu Ali Aman @ Raja Muda Bongsu II ibni almarhum Sultan Aliuddin II
4) Julasri bin Hajan (Asreemoro) : http://tausug-global.blogspot.com/
5) Y.M. Datu Fazhir bin Datu Ali Kuyung : http://datufazhir-p2.blogspot.com
tulisss
BISNES DARI RUMAH. GUNA K0MPUTER DAPAT INCOME.