Pages

Tuesday, April 16, 2013

BN BERJAYA BODOHKAN PENGIKUT

Bodohnya Penulis Blog Teganuku! Kan... Nik Dir Seorang Jutawan Kroni

http://buletinonline.net/images/stories/berita30/makanduriansgserai%20056.jpg- Nik Dir  'baham' kontrak kerajaan bernilai RM184,375,292.15 pada tahun 2005 dan 2006!

Sungguh tidak disangka, dalam tahun 2010, sepuluh tahun lagi menuju status negara maju, dan sembilan tahun lagi menuju 'negara bankrap', ada lagi penulis blog yang kurang cerdik, berfikiran seperti tahun 70-an.

Dalam 'posting'  pada 7 Ogos, penulis 'dungu' Teganuku cuba pula membodohkan rakyat Terengganu yang cerdik dan rakyat Malaysia yang sudah penuh  bermaklumat.

Kemudian, penulis yang sudah pasti seorang 'pencacai Umno', 'pengampu' dan menjadi 'penulis upahan Mad Said' itu cuba memburuk-burukkan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang juga ADUN Rhu Rendang dan Ahli Parlimen Marang.

Yang di'kepoh-kepoh'kan oleh penulis Teganuku, kononnya Nik Dir 'tolong remaja' DUN Rhu Rendang, dengan duit dari Dana Bakti Remaja.

Apalah 'sangap' sangat??

Dana Bakti Remaja adalah peruntukan kerajaan negeri Terengganu, yang diluluskan melalui pembentangan bajet dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu. Punca hasil yang membiayai Dana Bakti Remaja itu adalah wang hasil royalti minyak milik rakyat negeri Terengganu.

ADUN Rhu Rendang turut berada dalam sidang DUN yang meluluskan bajet itu, tetapi dimana Nik Dir.... Nik Dir tak ada!

Yang mana Dato' Seri Abdul Hadi secara langsungnya bersetuju Dana Bakti Remaja diberikan untuk menolong remaja yang tak ada pitih, kerana wang tersebut adalah dana awam, dana rakyat negeri Terengganu..... bukan Dana Umno, bukan duit Umno, bukan duit penulis Teganuku dan bukan duit dari poket Nik Dir!!

Penulis blog Teganuku takkan tak tahu (atau buat bodoh), Nik Dir cuma 'wok yoh' hok ttukang bbagi pitih tu....... tapi pitih tu adalah pitih kita semua, pitih rakyat Terengganu.

Begitu juga Dana Bakti remaja yang di beri merata-riti, sana-sini, Umno jangan nak 'claim' lah......jangan nak tumpang tuiiiiii............ Penulis blog Teganuku kena masuk sekolah semula, supaya tahu membezakan antara parti dengan kerajaan.

Tapi kalau bantuan yang diagih-agihkan oleh Dato' Seri Presiden PAS kepada 200 orang penerima bantuan di Kampung Sungai Serai, DUN Pengkalan Berangan Jumaat lalu (6 Ogos), itu memang pitih PAS, pitih orang-orang PAS, keluar dari poket orang-orang PAS sendiri. Bukan pitih Umno, bukan pitih penulis Tganuku, bukan pitih Nik Dirrrrrrrrrrrrrr..........