Bagaimanapun, kemasukan beliau dalam parti pembangkang bukan sebagai calon pada pilihan raya umum kali ini namun sebagai ahli biasa.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, pengumuman rasmi berhubung perkara itu akan dilakukan presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau berkata, pengumuman itu turut membariskan beberapa nama besar pemimpin UMNO yang dijangka menyertai PAS.
Mahfuz berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini, hari ini.