Pages

Tuesday, April 9, 2013

Perantau sokong Raja Bahrin bertanding di K Trg

Harakahdaily,09 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Terengganu Di Perantauan (Perantau), sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang berpangkalan di Lembah Kelang menyokong pemilihan Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (gambar), Pengerusi Amanah Merdeka Malaysia (Amanah) cawangan Terengganu sebagai calon PAS bertanding di parlimen Kuala Terengganu pada PRU13 nanti.

Setiausaha Perantau, Shuhaimi Embong ketika berkata, pemilihan Raja Bahrin untuk membawa suara rakyat Kuala Terengganu ke Dewan Rakyat.

Katanya, Perantau akan terus menyokong perjuangannya walaupun telah menyertai politik PAS dan berharap Raja Baharin meneruskan perjuangan membela penduduk-penduduk marhaen di Kuala Terengganu.

“Bagi Perantau, perjuangan bersama Amanah dengan beberapa NGO lain membentuk ‘Badan Bertindak Selamatkan Pasar Payang’ bukan sahaja bertujuan mengekalkan Pasar Payang itu sendiri sebagaimana yang sedia ada tetapi lebih jauh daripada itu adalah membela nasib peniaga-peniaga di Pasar Payang dan lain-lain pasar juga terus dibela,” katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Perantau katanya, bersedia membantu Raja Bahrin untuk berkempen bagi memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu bagi membolehkan beliau mempunyai platform yang lebih luas di pentas politik untuk membela tanah-tanah orang Melayu di bandar raya itu daripada diambil sewenang-wenangnya oleh kerajaan negeri.