Pages

Tuesday, April 16, 2013

PR SELANGOR BENTANG MANISFESTO KHAMIS


Pakatan Rakyat umum calon, manifesto Selangor Khamis ini

SHAH ALAM: Pakatan Rakyat, PKR/DAP/PAS Selangor akan mengumumkan senarai calon dan manifesto pilihan rayanya pada Khamis ini.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku pengerusi PR Selangor, berkata beliau yakin calon pilihan mereka mampu mempertahankan semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri yang dimenangi pada Pilihan Paya Umum 2008.
Antara janji dalam manifesto PRU-13 PR Selangor ialah menyediakan dana kepada Lembaga Perumahan untuk memastikan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan pemaju swasta dapat membina rumah mampu milik, katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

- BERNAMA