Pages

Saturday, June 22, 2013

Suasana di Padang Merbok mulai meriah

Harakahdaily, 22 Jun 2013


KUALA LUMPUR: Suasana di Padang Merbok di sini mulai meriah pagi ini menjelang himpunan aman Black 505 jam 2.00 petang nanti.

Tinjauan Harakahdaily sekitar jam 10.00 pagi ini mendapati kenderaan bergerak lancar di Jalan Parlimen bersebelahan tempat himpunan itu.

Jalan-jalan lain sekitar tempat himpunan itu seperti Jalan Sultan Salahhudin, Jalan Kuching dan Jalan Kinabalu juga tidak berlaku sebarang kesesakan.

Anggota polis trafik sibuk meletakkan kon di sepanjang jalan berkenaan bagi menghalang kenderaan diletakkan di situ dalam usaha untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Pihak penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga kelihatan ramai di kawasan berkenaan.

Orang ramai yang sebahagian besar memakai baju-T hitam termasuk yang berlogokan parti-parti dalam Pakatan Rakyat iaitu PAS, PKR dan DAP juga sudah berada di sekitar Padang Merbok.

Seperti suasana yang lazim dilihat di kawasan himpunan aman diadakan, para peniaga tidak melepaskan peluang untuk mencari rezeki dengan menjual makanan, minuman, baju T dan lain-lain.

Para peserta himpunan Black 505 juga sudah ramai berhimpun di hadapan Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut...