Pages

Sunday, June 23, 2013

Fahami erti SYAHID

SYAHID: (1) Mati kerana mempertahankan harta (sama ada sedikit atau banyak) adalah syahid (al-Bukhari:2300). (2) Mati kerana berjuang pada jalan Allah (dengan apa cara sekali pun) adalah syahid (Muslim: 3539). (3) Mati kerana mempertahankan ahli keluarga adalah syahid (Abu Daud:4142).

Mengapa ucapan Husam yang berbunyi, "...Dan kalu polis bertindak kasar, walaupun niat kita adalah perhimpunan aman, menyampaikan mesej perjuangan kita, menentang penipuan ini, kita terkorban, satu daripada kita terkorban, Insya Allah ia adalah syahid fisabilillah..." tidak cuba difahami oleh polis daripada konteks seperti hadis di atas?

Syahid dalam hadis di atas adalah mendapat pahala syahid di akhirat. Jika menyebut mengenai syahid dikira menghasut, saya fikir nabi adalah 'penghasut' terunggul.

crdt : Ustaz Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi