KUALA LUMPUR: Bekas
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Diraja Azizan Abdul Razak dikurniakan
Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri.
Beliau adalah antara 1,574 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2013 sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, hari ini.
Seramai 45 individu lain dikurniakan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri.
Antara penerima PSM ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Ahmad Maarop, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Seri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri Datuk Shukry Mohd Salleh.
Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa yang menerima Darjah Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran Tan Sri mengetuai senarai penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2013.