Monday, July 29, 2013

Barat sedang membunuh demokrasi di Mesir

28 Jul 2013

Barat dakwa mereka guru demokrasi dunia. Akhirnya mereka bersama autokrasi membunuh rakyat Mesir. Mereka takut umat Islam jadi guru demokrasi sebenar.

Demokrasi dicedok daripada sistem syura Islam demi keadilan. Apabila umat Islam kembali kepada syura, akan nyatalah kepalsuan demokrasi barat.

Di Mesir mereka cuba bunuh Islam, tetapi hakikatnya mereka sedang membunuh ajaran demokrasi mereka sendiri. Mesir baru saja cuba pulihkan demokrasi ala barat.

Dunia barat ketakutan menyaksikan demokrasi baru 'Arab Spring' yang diperkenalkan umat Islam akan lebih adil untuk seluruh rakyat, miskin dan kaya.

Apabila guru demokrasi adalah golongan kapitalis dan liberalis, maka ia hanyalah nyanyian palsu. Suara rakyat diguna demi kekuasaan golongan kaya saja.

Syura yang menjadi sumber demokrasi barat diasaskan atas taqwa. Barat ambil kulit syura dan meninggalkan isinya. Akhirnya nyatalah kepalsuan.

Samalah di negara kita. Selagi kita berdegar-degar melaung demokrasi tanpa taqwa, hakikatnya kita beri laluan buat penguasa terus menipu rakyat miskin.

Ringkasnya, pelajaran dari Mesir banyak. Allah sedang mengajar kita siapa barat, agar kita kenal siapa kita! Terus belajar menuju Allah.

Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz
Ahli Parlimen Pasir Mas
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia
.


IKLAN
BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drusilastore.blogspot.com