Pages

Tuesday, July 30, 2013

Kalau ditembak lagi, apa jaminan rakyat selamat

Hazayani Zakaria, 30 Jul 2013

KUALA LUMPUR: Kejadian jenayah yang semakin kerap berlaku beberapa bulan ini menunjukkan tiada jaminan bahawa rakyat berada dalam keadaan selamat, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Merujuk kepada kes Pengasas Arab Malaysian Bank Berhad, Hussain Ahmad Najadi, 75, ditembak mati semalam dan kes tembakan ke atas Pengerusi badan pemantau jenayah MyWatch, R Sri Sanjeevan Sabtu lalu, Mahfuz berkata hal ini menunjukkan lemahnya kawalan keselamatan di negara ini.

"Apa jadi dengan masalah keselamatan negara kita ini? Kalau hari ini seorang lagi ditembak mati, apa jaminan keselamatan kita selepas ini?

"Saya percaya kamu semua sebagai wartawan rasa takut. Nanti kalau lapor benda-benda yang serius, akan mati ditembak di tengah jalan. Ya, ini satu benda yang serius sebab wartawan selalunya akan cari isu-isu yang panas.

"Apakah ada jaminan kepada seorang wartawan bahawa mereka ini akan selamat bila membuat laporan berita yang boleh menggugat satu-satu pihak? Seolah-olah polis sudah hilang kawalan dan tak tahu nak buat apa," kata beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Menyentuh mengenai dakwaan terdapat anggota polis terlibat dalam sindiket jenayah dan kegiatan haram, Ahli Parlimen Pokok Sena itu menegaskan, kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) harus mengadakan operasi besar-besaran bagi membersihkan institusi polis daripada kegiatan sedemikian.

"Laporan yang menyebut tentang adanya pihak yang terlibat dengan penjenayah ini menunjukkan kerajaan khususnya KDN tak serius menangani isu jenayah.
"Siasatan mengenai dakwaan anggota polis terlibat dalam kegiatan haram mesti didahulukan dan buat rombakan dalam institusi polis, buat siasatan menyeluruh dan ambil tindakan terhadap mereka yang terlibat," katanya..


IKLAN
BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drusilastore.blogspot.com