Pages

Sunday, July 28, 2013

Pertempuran di Mesir berlarutan

Beberapa penyokong Presiden digulingkan, Mohammed Mursi, membawa seorang rakan mereka yang cedera untuk menerima rawatan di sebuah hospital sementara di Nasr City, Kaherah, Mesir, kelmarin. - AGENSI
KAHERAH 28 Julai - Kemelut politik di Mesir berlarutan hari ini apabila dua lagi penyokong Presiden digulingkan, Mohammed Mursi, terkorban dalam dua pertempuran berasingan.
Dalam insiden pertama di Port Said, Mohamed Atteya, 18, maut akibat tembakan rambang dalam satu keganasan antara penyokong bekas Presiden itu dengan penentangnya yang tercetus selepas pengebumian seorang penyokong Mursi yang maut kelmarin.
Menurut sumber, kira-kira 28 yang lain turut cedera dalam insiden tersebut dengan dua daripadanya kritikal.
Menurut saksi dan agensi berita MENA, penyokong Mursi didakwa memulakan pertempuran apabila melepaskan tembakan terlebih dahulu, namun pergerakan Ikhwanul Muslimin menafikan dakwaan tersebut.
Sementara itu, di Kafr el-Zayat, utara Mesir, satu lagi pertempuran berlaku semasa majlis pengebumian penyokong Mursi, mengakibatkan seorang lelaki bernama Mohamed Gad, 30, maut selepas ditembak di dada.
Sumber memberitahu, kejadian berlaku apabila orang ramai yang hadir pada acara itu melaungkan slogan anti Ketua Tentera Mesir, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi.
Kekejaman yang berlaku semalam bagaimanapun tidak sedikit pun menggentarkan para penyokong Mursi apabila mereka hari ini bertegas untuk terus mengadakan bantahan di seluruh negara.
Dalam pada itu, tindakan kekerasan dilakukan polis Mesir yang mengakibatkan kematian kira-kira 120 penyokong Mursi semalam, dikutuk Imam Besar dan Presiden Universiti Al-Azhar, Sheikh Ahmed al-Tayeb yang menggesa satu siasatan perundangan segera diadakan untuk menghukum mereka yang bertanggungjawab.
"Saya kesal dan mengutuk jumlah kematian dalam kejadian tersebut,'' katanya dalam satu kenyataan.
Naib Presiden Mesir, Mohamed ElBaradei turut mengkritik keras penggunaan tindakan yang berlebihan dalam kejadian itu.
"Saya mengutuk tindakan kekerasan sehingga menyebabkan kematian dan saya berusaha keras untuk menamatkan konfrontasi ini secara aman,'' kata beliau dalam akaun Twitternya semalam.
Human Rights Watch (HRW) turut mengutuk kematian beratus-ratus orang dalam pertempuran tersebut dengan menyatakan, polis dan beberapa ahli politik tertentu bertindak ganas terhadap penyokong Mursi.
Agensi berita DPA menyatakan, kira-kira 200 orang terbunuh dalam kejadian di Nasr City semalam, namun Kementerian Kesihatan menyatakan hanya 72 orang maut dan 292 orang cedera. - AGENSI/DPA

.

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 013 991 0717


Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drusilastore.blogspot.com