MASIH belum lagi reda kes pukul isteri di hospital Pulau Pinang
baru-baru ini yang di dalam rakaman cctv turut memaparkan seorang lelaki
yang juga penjawat awam di Pahang memukul, menampar serta menendang
isterinya di hadapan dua orang anak mereka akibat dikatakan geram dengan
perangai isteri yang tidak membenarkan anak mereka mengikut bapanya
pergi bersiar-siar.
Maka kecohlah seantero Malaysia tentang kes itu sehingga lelaku tersebut
menyembunyikan diri hampir satu minggu. Kes juga telah didakwa di
mahkamah dan pelaku itu bakal dikenakan hukuman.
Perkara yang sama juga dikatakan berlaku kepada isteri serta anak Ketua
Pemuda UMNO Selangor, Ungku Salleh. Cerita ini telah lama berlegar namun
baru hari ini telah dibawa ke mahkamah dan Ketua Pemuda Serdang
tersebut tidak mengaku bersalah di dalam kandang mahkamah.
Apa beza antara lelaki yang menggemparkan Malaysia tersebut dengan Ungku Salleh??
Bezanya, lelaki kontroversi itu hanya memukul isterinya sahaja. Manakala
Ungku Salleh didakwa memukul isteri serta anaknya yang berumur 15
tahun. Sekali dua dipukul nya. Mana sifat kemanusiaan makhluk yang
bergelar manusia ini?
Tetapi ini hanya dakwaan. Harap jangan ada spekulasi lagi sehingga
mahkamah menetapkan kebenaran. Lagi pun Ungku Salleh menafikan dakwaan
tersebut. Al-maklumlah tak ada bukti rakaman cctv ataupun video. Jadi
jangan siapa-siapa hentam bakal wakil rakyat ini. Mereka semua
MAKSUM....
.Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”