Pages

Saturday, August 3, 2013

PAS Bersama Resolusi Gerakan Islam

PAS Bersama Resolusi Gerakan Islam; Sokong Bantahan Aman Di Teruskan


MARANG – PAS bersama dengan parti-parti gerakan Islam dunia menyokong resolusi perbincangan di Istanbul, Turki bagi meneruskan bantahan secara aman oleh rakyat di Mesir.
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata mengikut resolusi yang dibuat oleh parti-parti gerakan Islam bersetuju bantahan secara diteruskan di Mesir.
Ini kerana, kata beliau, bantahan secara aman tersebut adalah paling sesuai dan manasabah dalam menyelesaikan masalah dalaman sesama umat Islam.
“Perkembangan politik di Mesir, mengikut resolusi yang telah diambil oleh parti-parti (gerakan) Islam yang mengadakan perbincangan di Istanbul (Turki), ialah supaya bantahan secara aman diteruskan, kerana bantahan secara aman inilah yang paling sesuai dan manasabah kepada umat Islam sesama umat Islam dalam menghadapi dalaman mereka walau pun sangat mencabar.
“Berbeza dengan kita menghadapi serangan dari musuh yang datang menceroboh negara. Itu memaksakan kita berdepan dengan senjata, ada pun membetulkan pemikiran umat yang telah lama tenggelam dalam pemikiran sehingga terpengaruh dengan ideologi sekularisma, yang menyebabkan mereka (orang Islam) menganut pelbagai teori yang asing dari Islam kerana kejahilan mereka, sama ada kerajaan atau pun rakyat,” tegasnya ketika ditemui di rumah kediamannya, Kampung Rusila, Marang hari ini.  [Gambar grafik BBC - klik untuk lihat]
Justeru, katanya dengan bantahan secara aman itu boleh menyedarkan rakyat hingga membawa satu gelombang yang positif di peringkat nasional Mesir dan antarabangsa.
rabiatuladawiyaMenurutnya, seluruh dunia kini melahirkan rasa simpati kepada Presiden Dr Muhammad Morsi yang dipecat dengan cara pembohongan serta penipuan yang terang dan nyata.
Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang yakin dan percaya kerajaan bersifat ‘kuku besi’ tidak akan dapat bertahan dengan gelombang rakyat.
“Kerajaan pula mahu mengekalkan kuasa melalui ‘kuku besi’. Saya yakin dan percaya kerajaan kuku besi dalam negara (Mesir) tidak bertahan dengan gelombang rakyat.
“Dengan sebab itu, bantahan aman untuk menyedarkan rakyat adalah cara yang terbaik. Inilah yang sedang berlaku di Mesir sekarang ini dan kita mendapat kesan yang sangat positif, bukan sahaja di peringkat nasional Mesir tapi juga di peringkat antarabangsa.
“Apabila kesatuan Eropah dan Negara-negara Barat, Kesatuan Afrika secara terbuka menyatakan simpati mereka dengan Presiden Dr Muhammad Morsi yang dipecat dengan cara yang bohong, menipu dengan terang dan nyata,” jelasnya.
Bahkan, kata Ustaz Abdul Hadi, ada di kalangan media-media di barat yang menulis artikel secara terbuka agar barat menerima pendekatan demokrasi yang telah dipilih oleh parti-parti Islam.
Menurutnya, pemilihan demokrasi adalah sesuai dengan Islam dan bukan strategi politik semata-mata kerana damai adalah perkara yang pertama dalam Islam.
“Apa yang dilakukan oleh tentera rejim di Mesir adalah secara rampasan kuasa yang berselindung disebalik tokoh-tokoh awam. Ini (rampasan) satu pencabulan terhadap demokrasi dan mereka tidak boleh bertahan dengan penipuan.
“Dengan sebab itu, bertindak secara damai, bersabar adalah pendekatan yang terbaik. Ini yang diambil oleh gerakan Islam (Ikhwan) di Mesir sehingga mendapat simpati semua pihak,” ujarnya.
Polarisasi di Mesir sekarang paling ketara sejak autokrat yang disokong Amerika Syarikat Hosni Mubarak digulingkan pada 2011, sekali gus bermulanya peralihan politik penuh pergolakan.
Dr Muhammad Morsi menjadi pemimpin pertama Mesir yang dipilih secara demokratik oleh rakyat pada Jun 2012 tetapi menghadapi tentangan dari pelbagai pihak.
Sejak tentera menggulingkan Dr Morsi, pemimpin kumpulan Islamis pada 3 Julai lalu, pemimpin-pemimpin gerakan Ikhwanul Muslimin dituduh menghasut keganasan..

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 013 991 0717


Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drusilastore.blogspot.com