Pages

Friday, August 9, 2013

Pemimpin DAP Melayu: Siapa kata Anwar bagus?

Oleh Shuhaniza Said



Post Pic

SHAH ALAM: Pemimpin DAP berbangsa Melayu, Aspan Alias menyifatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan calon yang bagus untuk menerajui kepimpinan negara.

Malah, katanya Anwar selaku Ketua Umum PKR juga adalah antara sebab mengapa Pakatan Rakyat gagal menawan Putrajaya pada pilihan raya umum 5 Mei lalu.

"Siapa kata Anwar bagus? Anwar ni pasal dia pandai main politik, pandai kumpul orang. Itu saja. Kalau bukan Anwar pemimpin Pakatan (yang diangkat sebagai calon PM), Pakatan boleh menang banyak.

"Banyak orang tak nak dengan Anwar termasuk orang Pakatan sendiri, orang PAS sendiri, orang DAP sendiri. (Mereka) mengundi BN sebab takut kalau Pakatan menang, Anwar akan jadi (Perdana Menteri)," katanya dalam satu wawancara melalui telefon denganAntarapos di sini, baru-baru ini.

Malah lebih mengejutkan, Aspan yang pernah berjuang dalam Umno secara terbuka mendedahkan terdapat beberapa pemimpin lain dalam Pakatan, khususnya dari PAS yang dakwanya lebih layak dan bagus berbanding Anwar.

"Orang seperti Dr Dzul (Dr Dzulkefly Ahmad) bagus.. Husam (Musa) pun bagus," katanya.

Mengulas lanjut, kata Aspan, seseorang yang terlibat dengan isu moral tidak seharusnya diangkat sebagai pemimpin utama negara, apatah lagi ia menjadi 'pantang' masyarakat di negara ini yang majoritinya beragama Islam.

"Saya tak fikir begitu. Kalau dah terbabit dengan isu moral, sama ada mahkamah menerima atau tidak, itu cerita lain. Tapi dah disebut, seorang pemimpin yang lalai akan terjerumus dengan isu moral, sama ada betul atau tak betul itu cerita lain. Tapi kenapa terjerumus ke isu itu?

"Bila dah disebut dengan isu itu, dia dah tak boleh menjadi Perdana Menteri. Tak boleh. Yang tak boleh jangan diboleh-bolehkan," katanya.

Aspan selain itu berkata, Pakatan Rakyat merupakan gabungan yang rapuh berbanding Barisan Nasional yang diterajui oleh Umno yang dakwanya lebih kukuh.

Justeru beliau membuat andaian Pakatan akan berpecah kerana gagal menamakan seseorang daripada kalangan pemimpin mereka untuk diangkat sebagai calon Perdana Menteri apabila Anwar sudah 'tiada'.

"Dia punya pakatan (Pakatan Rakyat) tak kuat. BN dah kukuh. Perdana Menteri mesti daripada Umno.

"Kalau tak ada Najib, tak ada Muhyiddin... (tapi ada) Shafie Apdal, Zahid Hamidi... tapi mesti tetap daripada Umno,"katanya lagi.

Sebelum ini menerusi blognya http://aspanaliasnet.blogspot.com/Aspan pernah menulis Pakatan sememangnya hanya bijak membangkang, tetapi akan menjadi pentadbir yang buruk sekiranya menjadi kerajaan.

"They are very good servants but bad masters", petik kata-katanya daripada blog itu.
.

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 013 991 0717


Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drusilastore.blogspot.com