Mesir Kini!! Pengakuan Ketua Perisikan Israel : Dr Mursi perlu dihancurkan kerana Pemikiran Ikhwanul Muslimin Dan Penerapan Syariah dan Khilafah
Ketua perisikan Israel menyebutkan diantara sebab utama Dr Mursi
perlu disingkirkan adalah kerana ia membawa pemikiran Ikhwanul Muslimin
yang hari ini berkembang pesat di Timur Tengah seperti di Mesir, Turki,
Tunisia, Maghribi, Libya, Gaza, dan lain-lain. Kini mereka berupaya
untuk membina kekuatan di Syria dan Jordan.
Kekuatan Ikhwanul Muslimin ada di pelbagai bidang, tidak hanya
sebagai gerakan politik, mereka juga mengisi kehidupan sosial dan
berinteraksi dengan manusia.
Ada dua agenda besar yang kini sedang digencarkan Ikhwan.
Pertama: Mempromosikan negara khilafah dan penerapan syariat.
Definisinya ada di Mesir, sebagai negara demokrasi yang melaksanakan
sistem Syura. Sebuah merupakan konsep permesyuaratan yang diakui dalam
Islam.
Kedua: Strategi lebih luas iaitu memperkuat pertahanan mereka di
tengah-tengah pengaruh rejim non-demokratik pada masa demokrasi tidak
boleh memadamnya dengan mudah, sebagaimana terlihat di Turki dan Gaza.
Universiti Al Azhar akan menjadi kekuatan penerapan Syariat. Tetapi
ini akan menyusul, supaya fokus kepada pengukuhan legitimasi hukum yang
sedang diterapkan oleh kerajaan Mesir.
Dua misi besar tadi akan menguatkan Ikhwanul Muslimin dalam
perjuangan mereka. Maka parti-parti Ikhwan yang kini berkembang di
Mesir, Gaza dan Tunisia sedang bergerak menuju kearah kepemimpinan yang
kemudian akan menjadikan mereka sebagai peneraju utama yang bertanggung
jawab. Tanggungjawab ini tidak lagi diterjemahkan sebagai pucuk-pucuk
kecil, tapi sudah menjadi kembang yang utuh/kuat.
Jadi rampasan kuasa terhadap Ikhwan adalah bertujuan untuk menghalang
tegaknya Daulah Islamiyah di Mesir. Penggulingan atas Dr Mursi
sebenarnya kerana takut pada kejayaannya, bukan kerana kegagalannya.
video :
Sumber : Kulluna Khaled Sa'id
#mesirkini
.Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”