Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyelar Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar kerana menggesa pihak berkuasamenyiasat pendedah maklumat dalam kontroversi "kantin bilik persalinan" bawah Akta Hasutan.

NONE"Beliau sudah gila... Inilah apa yang kita panggil penyalahgunaan Akta Hasutan," katanya kepadaMalaysiakini.

Chua (kanan) sebaliknya berkata, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah yang sepatutnya didakwa menghasut kerana memberitahu pelajar untukbalik ke kampung halaman nenek moyang mereka.

Berhubung insiden di Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Chua berkata, ibu bapa cuma bimbangkan anak mereka tidak dilayan dengan baik.

Justeru, katanya, ibu bapa patut dilibatkan bersama dalam perbincangan bagi mencari penyelesaian yang baik.