Ahmad Shakir Mohd Ali
Bojan Hodak
KAFA tak mampu penuhi tuntut gaji RM800,000
Kuala
 Lumpur: Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak hampir pasti akan 
meninggalkan pasukan itu musim depan selepas Persatuan Bola Sepak 
Kelantan (KAFA) dikatakan tidak akan memenuhi permintaan gaji yang 
tinggi daripada pengendali itu musim depan.
Jurulatih
 kelahiran Croatia itu yang mencipta gemilang bersama Kelantan berjaya 
membawa The Red Warriors (TRW) memenangi tiga piala musim lalu dikatakan
 akan berpindah ke T-Team atau pun Pulau Pinang. Kekosongan bakal 
ditinggalkan Bojan itu dijangka diisi bekas jurulatih Perak, Steve 
Darby.
Ramai pindah
Ramai pindah
Menurut 
sumber, selain Bojan, Kelantan juga bakal kehilangan beberapa tonggak 
utama musim depan termasuk pemain ‘otai’ mereka iaitu, Indera Putra 
Mahayuddin yang turut diintai T-Team.
Tak mampu tunai
“KAFA
 tidak mampu memenuhi kehendak Bojan yang meminta gaji sebanyak 
RM800,000 semusim, semestinya kemamp uan kantung pasukan menjadi 
keutamaan TRW sebelum membuat keputusan.
“KAFA
 sudah membuat tawaran termasuk kenaikan gaji kepada Bojan, namun, 
beliau membisu dan terus berharap agar permintaan itu ditunaikan 
pengurusan,” katanya ketika ditemui.
Sebelum
 ini enam tonggak utama Kelantan iaitu, Norfarhan Muhammad, Shakir 
Shaari, Zairo Anuar Zailani, Daudsu Jamaluddin, Azizi Mat Rose dan S 
Subramaniam hampir pasti menyertai JDT musim depan.
Penyerang
 import prolifik Kelantan, Dickson Nwakame juga bakal meninggalkan 
pasukan itu untuk kembali menyertai liga luar negara selain Ahmad Fakri 
Saarani juga dikatakan akan turut angkat kaki.
Bincang dengan Indra
TRW
 kini dikatakan dalam proses perbincangan dengan Indra bagi memastikan 
pemain itu terus kekal di Kelantan untuk terus bergandingan dengan 
kapten pasukan, Mohd Badhri Radzi ataupun lebih dikenali sebagai Piya.
“Indra
 menerima tawaran gaji sebanyak RM55,000 sebulan daripada pasukan 
berkenaan, begitu juga gaji lumayan turut ditawarkan kepada Piya oleh 
FELDA United.
“Bagaimanapun pemain 
Negeri Sembilan, Ahmad Shakir Mohd Ali akan bersama Kelantan musim depan
 selain Nurul Azwan Roya yang kini bersama JDT turut diberikan tawaran 
untuk kembali bersama TRW,” katanya.
www.bharian.com.my
Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”
