Pages

Wednesday, November 27, 2013

Bangkit isu kuil, 2 MP dihalau keluar dewan

NOV 27, 2013  HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: Persidengan Dewan Rakyat hari ini menyaksikan dua ahli parlimen dihalau keluar dewan oleh yang Dipetua Dewan Rakyat.

Sivarasa Rasiah (PKR-Subang) menjadi ahli parlimen pertama dihalau keluar dewan hari ini kemudian dikuti Sivakumar (DAP-Batu Gajah).

Kedua dua mereka dihalau ketika sesi perbahasan Bajet 2014 peringkat jawatankuasa melibatkan Kementerian Wilayah Persekutuan, krtika cuba membangkitkan isu perobohan sebahagian kuil Sri Muneswarar Kaliyaman di Jalan P Ramlee, Kuala Lumpur.

Sivarasa dihalau ketika sesi perbahasan dipengerusikan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, manakala Sivakumar dihalau oleh Timbalan Yang Dipertua Datuk Ismail Mohd Said.

Pandikar Amin Mulia mengeluarkan perintah itu selepas beberapa kali mengarahkan Sivarasa duduk dan tidak membangkitkan perkara itu kerana sudah dibangkitkan sebelum ini oleh Anggota Parlimen Padang Serai, N Surendran.

Sivarasa bagaimanapun bertegas mahu bertanyakan perkara itu kepada Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan yang menjawab soalan hari ini.

Ekoran itu, Pandikar menggunakan kuasanya mengarahkan Sivarasa keluar dewan mengikut Peraturan Mesyuarat 44(2).

Keadaan serupa berlaku kira-kira setengah jam kemudian selepas mesyuarat dewan dipengerusikan pula oleh Ismail.

Ketia itu Sivakumar bangun untuk bertanyakan soalan serupa kepada Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan.

Selepas beberapa kali mengarahkan beliau duduk dan tidak diendahkan, timbalan speaker kemudian mengarahkan Sivakumar untuk keluar dewan.
Mengikut peraturan mesyuarat, jika tiada tempoh jelas dinyatakan oleh speaker terhadap penggantungan itu, maka tempoh penggantungan adalah selama dua hari.
.

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 013 991 0717


Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drusilastore.blogspot.com